part 9

Hana mundar mandir dalam dapur. Resah. Macam mana tak resah? Aku nak tidur mana malam ni? Takkan nak kena tidur kat situ? Haish. Keluh Hana tak berkesudahan.

‘ah, tidur bilik ummi pun jadi lah. Sekejap je asalkan tak perlu nak hadap muka dia’

Dia menimbang2 dalam kepala. Erm, kira bolehlah. Kejap je pun. Ah, ngantuknya! Dan dan dia terlelap. Letih jaga budak tu sorang.

*********************************************************************************

‘Haish. Mana la pulak benda alah ni? Nak call pun susah kalau tak de’, Ummi mengeluh buat kali keseratus dua belas dah. Dari tadi duk tercari2 tak juga jumpa2. Hah! Kalau dalam cerita kartun mesti dah nampak ada mentol menyala. Ya! Dalam bilik. Tadi rasanya last guna dalam bilik bila Kak Teh call. Try cari dululah.

Sejurus sahaja ummi masuk dia terkejut sampai terpelanting buku yang Mak Ara bagi tadi. Ya Allah! Kus semangat. Ingatkan sape la tadi. Kot2 la pencuri ke apa ke. Rupa2 nya anak dara bertuah ni. Laju sahaja tangan diangkat menepuk paha Hana. Kuat.

‘aduh! Sape la pulak main tepuk2 ni? Nak tidur pun tak senang’, gerutu Hana sambil bangun. Bersedia nak marah. Tapi tak jadi sebab nampak ummi dah bercekak pinggang kat tepi katil. Alamak! bila masa pulak ummi masuk?

“Hana! Apa buat kerjja tak senonoh ni? Mari tidur dalam bilik ummi. Tu laki kamu tu nak taruk kat mana? Apa perangai la kamu ni? Baru je kahwin tadi dah nak jadi isteri derhaka ke? Tempat tidur seorang isteri kan disisi suami.”

Eh! baru aku sedar ni bukan bilik aku. Ala, ummi ni kenapa nak marah bagai? Selalu elok je aku tidur berdua ngan ummi. 

“Ala ummi. Kasi la Hana tidur kejap je. jangan la kacau Hana nak tidur", adoi la ummi ni. Aku sedap2 landing ni jugak dia nak kejut. Tak sporting la ummi ni.

“Tak de tapi2. Hana, Hana nak jadi isteri yang baik kan? Kalau macam tu dengar cakap ummi.”, apa la pulak yang ummi cakap ni? adoi tak paham aku. isteri? bila masa pulak aku kahwin?

“ye la ummi. Hana tidur dulu. Assalamualaikum.”, biarpun otak aku tak berapa nak paham apa yang ummi cakap, baik aku keluar dulu. Karang lebih panjang ucapan Puan Hasnah tu. 

Ummi hanya tengok Hana keluar dengan ekor mata. Lepas Hana dah tutup pintu, terus ummi tumbuk udara. Yes! Termakan jugak pujuk rayu anak sorang tu. Kalau tak disuruh mananya nak buat. Ah! telefon Laila dulu la. Nanti lambat2 lupa pulak.

'Amboi, sedap merancana nampak. Biarlah diorang urus hidup sendiri.', hati cakap.

'Tapi kalau tak ditolong tak kemana la cik hati ooi.', akal menentang.

'Hmm..ye la', akhirnya pasrah jugak. Tengok je la nanti.

*********************************************************************************
'Adeh! Sakit la pulak kepala aku bangun mengejut gitu. Apalah ummi ni aku nak tidur pun tak senang'

Dalam keadaan mamai, Hana berjalan masuk bilik. nampak je katil terus landing. Baik punya. Ah, bestnya katil ni. bantal pun macam lembut semacam. Indahnya dunia. Tapi, terus rasa seram sejuk bila ada tangan duk kuis2 aku punya rambut. weh, benda apa ni weh? Terus aku tutup  mata. Seram rasa nak tengok. Dan masa tu jugak la baru aku nak perasan yang aku ni dah kahwin. ha! aku dah kahwin. Teringat kata2 ummi tadi.

“Hana! Apa buat kerjja tak senonoh ni? Mari tidur dalam bilik ummi. Tu laki kamu tu nak taruk kat mana? Apa perangai la kamu ni? Baru je kahwin tadi dah nak jadi isteri derhaka ke? Tempat tidur seorang isteri kan disisi suami.”

Adoi la. macam mana la aku boleh lupa. Rasa takut nak kalih ke kanan, aku terus bangun tapi tak dah tak sempat. Dah kau tu lembap sangat, aku kutuk diri sendiri.

"Pergi mana tadi lambat masuk? Hmm?", sudah. Si Rafiq ni, malam2 pun nak main lagi Q&A ngan aku.

"Bilik ummi", pendek je aku jawab. Bukan apa kang nanti dia tanya lebih2.

"Kenapa? nak dapatkan sesi kaunseling ehh? ke takut nak masuk?"

eh eh hamba Allah sorang ni. Apasal tetiba nak beromantik bagai ni? Dulu2 takde pun macam ni. Ni yang buat aku tak sedap hati ni. Bilal dia tengok aku tak macam nak jawab dia punya soalan terus dia peluk aku, kuat. Sampai terbatuk2 aku dibuatnya. Ni, gaya nak ajak wrestling je.

"Uhuk2. Sakit la"

"Tu baru sikit. Nak lebih lagi? Kang tak terbangun nanti", ucap dia. Tak terlupa sengih gatal campur miang keladi dia tu. Meremang bulu roma aku.

"Jangan nak buat macam2. Nanti aku jerit sampai semua orang dengar"

"Jangan jerit2. Nanti diorang pikir apa pulak"

Eei, otak dia ni. Nak aje aku ambik baling dalam sungai. Tak boleh ke pikir benda elok2 sikit. geram pulak aku.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.