Love you, Mom.
Just thought that I have to share
this with you guys.
Masa tu aku dalam kelas. Ada
break kejap selang 30 minit belajar. Jadi, kitorang pun borak2 kosong. Biasalah
dah namanya sekolah perempuan sahaja, bila ada cikgu lelaki yang mengajar mesti
banyak je benda nak tanya. Ini fakta, okay. Don’t fight me on this one. Ooookaayyyy.
Jadi, ada seorang classmate aku ni. Dia sangat femes sebab satu benda ni. Dia minat
cikgu lelaki tu. Okay. Maybe bunyi pelik. Bukan minat yang macam seorang
perempuan kepada seorang lelaki tetapi lebih kepada kagum. In English it is
adore. Haa.. gitu. Dia memang selalulah cakap pasal cikgu ni. Cikgu ni baik,
lemah lembut, cakap suara lembut je. Pastu, classmate aku ni tanyalah pasal
isteri cikgu aku ni. Dia cakap mesti isteri cikgu pun lembut, cantik kan? Okay.
Itu tak dinafikan. Cikgu aku tak cakap apa2. Cuma senyum je. Pastu dia tanya
lagi. Macam mana cikgu aku boleh jumpa isteri beliau. Masa sama2 belajar dekat
madinah dulu ke. Sebab cikgu aku ni graduan dari madinah. Masa tu bukan muka
cikgu aku je yang berubah, muka aku pun berubah sekali. Cikgu tu pandang je
aku. Mananya tak. Mak aku seorang suri rumah. Mak aku beajar sampai SPM. Takde
jumpa dekat madinah pun. Dekat Tanah Melayu ni je ha. Aku tak tau apa maksud
pandangan ayah aku masa tu. Mungkin dia risau takut aku sedih, berkecil hati,
kenapa mak aku tak macam mak orang lain. Mak orang lain berkerjaya, masuk university,
pergi kerja. Mak aku seorang suri rumah. Teringin je aku nak jerit kat situ.
AKU TAK KECEWA. AKU TAK SEDIH.
MALAH AKU BANGGA DENGAN MAK AKU.
Masa kecik2 dulu, adalah jugak
sekali dua timbul rasa kecil hati bila orang tanya mak aku kerja apa. Teragak agak
aku nak jawab yang mak aku suri rumah. Tapi, semakin aku dewasa baru aku sedar
betapa besarnya pengorbanan mak aku terhadap kami sekeluarga. Bangun pagi, ada
makanan atas meja. Sebelum pergi sekolah, aku makan nasi. Memang makanan wajib.
Balik sekolah, makanan dah terhidang atas meja. Baju mak basuhkan. Gosokkan. Balik
rumah selalu nampak rumah kemas bersih. Mak aku yang tolong cucikan. Sapu, mop.
Kawan kawan aku semua jeles tengok hidup aku. 24jam boleh tatap muka mak aku. Orang
lain? Bangun pagi kadang2 makan pagi pun tak sempat. Mananya tak, mak diorang
pun kena bersiap pergi kerja. Jawabnya, makan nasi kedai. Balik sekolah, mak penat
nak masak. Jadi, order delivery. Takpun berhenti mana2 kedai makan sebelum
balik rumah. Malam pun sama. Tu pun kalau mak diorang tak kerja malam. Kalau shift
malam lagi merana nak menunggu. Kawan aku ada yang kena stayback dekat sekolah
sampai 5 kadang kadang 5.30. Ye lah. Tunggu
mak ayah datang ambik. Tak boleh nak balik awal. Takde orang ambik. Tapi tak
bermakna ada mak yang berkerjaya tu salah. Hidup korang sedih lah apa lah. Cuma
aku nak cakap yang tak semestinya apa yang orang lain ada dan kita takde atau
vice versa, kita takkan bahagia. Semua aturan Allah ni dah cantik. Bersyukurlah.
Aku mula rasa bersyukur aku ada mak yang selalu ada kat rumah. Yang aku boleh
tatap 24jam. Sekarang, bila orang tanya mak aku kerja apa. Aku jawab DO. Betul apa.
Dapur Officer. Mak aku lah tu. DO yang paling Berjaya dalam dunia ni. Aku memang
tabik mak aku. Terima kasih mak. Kerana selalu ada untuk kami adik beradik. Terima
kasih. Saya sayang mak saya.
Comments
Post a Comment