Oh La La Lab

Today. Aku ada lab chemi. Masa last nak hantar kita punya results of experiment tu, aku and lab partner aku pun beratur la macam anak ayam dekat tepi tu. Nak tunggu lab instructor tu habis tanda yang kumpulan lain punya. Sampai turn kitorang, partner aku hulur dia punya lab manual. Sampai turn aku, lab instructor tu tegur lah aku tulis pakai pensel. Aku pun pergi tulis balik dengan pen. Sambil sambil tu aku borak borak dengan lecturer in charge untuk lab aku. Ada 6 lab semuanya. Lepas dah baiki apa semua, aku pergi balik dekat lab instructor tu. Hulur aku punya lab manual. Dia pun tegurlah kenapa tak tukar jadi negative nilai dia. Aku pun cakap lah. Sebab dalam lab manual partner aku dah salah, aku punya pun kenalah salah. Tahu tak? Lab instructor tu gelakkan aku. Sambil geleng geleng kepala. Cam tak percaya aku tak tukar pun nilai benda tu biarpun aku tahu nilai sebenar sebab dalam partner aku punya dah salah. Okay. Point aku cerita benda ni sebab aku rasa aku cute and agak blur pada masa yang sama. Serius aku tak terfikir pun nak betulkan aku punya sebab masa tu aku tengah cakap dengan lecturer aku. Haha.


Untuk mengelakkan post kali ni menjadi suatu post yang tak membawa sebarang makna, maka aku selitkan sedikit tentang benda yang aku borakkan dengan lecturer aku. Kan aku tulis results tu pakai pensel. So, dia cakaplah.


“Awak kena biasakan tulis guna pen terus”


Aku pun jawab balik. Sebab aku ni memang jenis yang buat salah selalu. Tulis benda yang sepatutnya betul pun jadi salah. Aku pun sengih je.


“Iya. Kita tak boleh lari dari buat salah tapi kalau dah salah selalu pun tak bagus kan.” Dia diam kejap pastu sambung cakap.


“Awak boleh tulis guna pensel…”


“… masa sekolah rendah.”


“Awak kena biasakan tulis guna pen terus. Nanti bila dah masuk degree, awak akan Nampak betapa pentingnya benda ni.”


Lab partner aku pun Tanya lah sir. Sebab dia ada sekali belakang aku so dia dengarlah jugak serba sedikit benda yang sir cakap.


“Kenapa sir? Takut nanti padam ke?”


Balas sir,
“Manalah tahu nanti saya nak sabotaj awak ke. Niat orang kita tak tahu.”


“Sampai hati sir.” Lepas aku cakap kan, baru aku perasan berani gila aku cakap camni dengan sir.
Sir tambah lagi.


“Kadang kadang kawan kita sendiri yang padam kerja kita. Sabotaj results tu semua kalau kita tak alert.”


“Alah. Kalau dia tak bagus belajar, sabotaj saya pun tak boleh naikkan gred dia.” Aku jawab.


“Dia tahu. Sebab tu lah dia kena heret kawan dia sekali. Biar repeat sem sekali.”


Hrm. Bila dengar benda macam ni, tetiba rasa takut. Masa peringkat aku ni, mungkin semua baik baik lagi sebab masa ni tak ramai yang terdesak. Bila masuk degree, akan jumpa pelbagai manusia. Aku risau. Takut. Sebab aku tahu aku ni sedang ditindas. And ini adalah post untuk bagitau rakan rakan lain yang tak semua manusia yang kita jumpa adalah manusia yang baik tak kisahlah sebijak mana pun seseorang tu. Sebab setiap manusia ni, aka nada suatu masa yang diorang akan perlu fikir tentang diri sendiri. Masa diorang mula rasa terdesak. Bila benda ni start jadi, beware. Kawan pun boleh jadi lawan.


Okay lah. Ini je post aku kali ni. Main sebenarnya nak cakap yang aku rasa extra cute hari ni. HAKHAK. Tapi kesimpulannya, berbuat baik berpada pada. Buat jahat jangan sekali kali. Biarlah orang jahat terhadap kita, jangan kita jahat terhadap orang. Takkan lah kita nak sama tarafdengan diorang yang jahat tu. Kill em with kindness. Jadilah baik sampaikan diorang mula rasa terjerat and akhir sekali menyeksakan diri sendiri. That’s the real payback.


Post ni sebenarnya dah tersangatlah lama. Dah berbulan dah. Baru terasa nak upload. Kui kui. Life di Uni membuatkan daku lupa terhadap baby ku ini. Sorry babeee. 


Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.