That feeling.
Masa lecture bio tadi, ngantuk
gila weh. Berat je rasa kelopak mata ni. Tapi gagahkan jugak sebab kalau
terlepas apa lecturer cakap, rugi. Suatu kerugian yang teramat besar. Jadi, aku
paksa jugak mata supaya terbukak luas luas. Kawan sebelah memang dah lentok
habis dah. Tetiba sir cakap, okay, itu serba sedikit pasal spinal nerves, now
mari kita tengok video. Otak dah fikir nak tidur kejap alang alang sir tayang
video tapi video tu menarik perhatian aku.
Video tu tentang orang yang mengalami
kerosakan saraf. Video tu start dengan dia tunjuk kehidupan seorang manusia
yang kelihatan normal tetapi kerosakan saraf ni boleh terjadi kepada sesiapa
sahaja dan tak kira masa. Masa berjalan, drive, makan, bersukan. Video tu
tunjuk kita, penonton dalam kaca mata seorang penghidap penyakit tersebut. Dia berjalan,
buat kerja harian macam biasa and tiba tiba accident. Video tu tayang lagi
kisah harian penghidap kerosakan saraf ni. Berjalan tak boleh. Apa pun tak
boleh. Sentiasa perlukan bantuan. Tapi diorang tak pernah putus asa nak jalani
terapi sampailah diorang sembuh. Because they believe, efforts do show
something. Tekunnya diorang buatkan aku rasa betapa aku tak bersyukur dengan nikmat
yang Tuhan bagi selama ni. Itu pun aku masih merungut, kata tak adil apa lah.
I know this is random but it does
trigger me to become a physiotherapist. Atau apa apa jenis pekerjaan sama ada
berlabel atau tak. That feeling. To make their life better. Itu. Terlalu banyak
benda yang terlintas dalam fikiran masa tu. Fikir. Kalau jadi dekat orang
terdekat. Kalau jadi dekat keluarga sendiri. Kalau. Kalau jadi dekat diri
sendiri. Apakah aku masih boleh kuat? Boleh nak teruskan hidup. Adakah aku akan
mula putus asa dan mula menyalahkan takdir? Perancangan Tuhan tak siapa yang
tahu. Maka, jomlah sama sama mula terapkan rasa syukur dan berusaha nak berubah
jadi yang lebih baik. Kalau sekarang dah baik, sasarkan untuk jadi yang terbaik
antara terbaik. Amin.
Comments
Post a Comment