internet : keperluan atau kemahuan?
Uwaa..
sadis sungguh hidup aku sekarang. Dah la takde phone, laptop pun takde. Hari tu,
aku ngan family balik kampong. Cadang nak duduk sehari je sebab ayah aku ada
kerja tup tup malam tu hujan punyalah lebat sampaikan time cakap pun kena
jerit2. Dah jadi cam Perang Dunia Ke-3 dah aku rasa rumah arwah tok aku tu. Punyalah
bising. Macam bergaduh pun iye.
Lebih dramatic
lagi, sedara2 belah mak aku ada nak buat discussion la sikit ngan adik-beradik
ni. So, ayah aku suh mak aku stay kat kampung sampai settle benda yang diorang
nak bincang. Ayah aku memang dah tak boleh nak stay sebab ada kerja keesokan
hari. Aku pun balik ngan ayah aku. Bukan tak nak stay tapi lusa aku ada
reunion. Tulat baru mak aku balik. Sebab takde orang nak hantar kalau balik
lusa. Dahlah mak aku dah lama tak bawak kereta.
Emph. Langsung
tak kena ngan tajuk kan? Takpe lah. Okay. So, bila mak aku stay adik aku automatik
nak stay jugak. Dua orang tu kan anak mak. Taklah, sebab sepupu aku yang
berpuluh2 orang tu ada kat kampong balik cuti. Huhuhuhu. Aku nak jugak stay. Tapi,
aku ada benda nak buat and paling penting aku tak bawak baju. Dah la musim
hujan sekarang ni.
Adik aku
dua orang tu mana boleh nak pisah dari
GTA ngan Counter Strike dia ni. Jadinya, dia bawak laptop balik kampong.
Time aku nak balik, aku ada mintak tapi diorang tak nak bagi. Faham2 je la yang
diorang tu tersangatlah kejam ngan aku. Dengan terpaksanya, aku balik ngan ayah
aku and dua orang anak sedara aku tanpa apa2 gajet sekali ngan aku. Hmph.
Bagus jugak
aku balik sebenarnya. Kalau tak, siapa yang nak pegang anak sedara aku dua
orang tu? 3 hari aku berjaya hidup tanpa sebarang gajet yang canggih ni untuk
hilangkan kebosanan aku. Sebenarnya, bukannya susah pun tapi sebab dah biasa
kan tiap2 hari bukak laptop apa sume.
Aku rasa
sepanjang 3 hari ni, kerja aku yang paling banyak adalah tengok tv. Tapi, aku
buat jugak kerja lain yang sebelum ni sangatlah liat untuk aku buat cam memasak
( benda simple je), basuh baju and main basikal. Tak best sebenarnya duduk
sorang2 macam ni. Sunyi pun ada. Memang aku tabiklah dekat orang anak tunggal
ni. Aku duk sekejap pun dah rasa kesunyian yang melampau. Yela, adik-beradik
aku saja dah 9 orang, kalau tambah menantu and cucu parents aku apa semua cuba
kira berapa.
Bagus jugak
macam ni. Kalau tak, mahu berjam-jam jugaklah aku duk menghadap laptop menulis
macam2 seperti yang aku tengah buat sekarang. Now, aku still lagi tak leh nak
decide sama ada internet ni keperluan ke kemahuan. Ntah la. Sometimes jadi
keperluan tau tapi sometimes boleh jugak hanyalah kemahuan sahaja.
Tapi wajib
diingatkan, jangan duk layan sangat main gajet2 ni sume. Cubalah berinteraksi
secara face-to-face. Kalau duk jauh tu nak buat macam mana kan. Tapi, cuba
koranng minimisekan benda tu,okay? Lepas 3 hari tu, jujur aku katakan aku dah
kurangkan kepada 2 jam aku rasa sekarang ni. Cuba kita try buat benda lain
pulak. Cuba keluar lepak ngan kawan2 ke apa ke. Tapi ingat, bila lepak ngan
kawan2 tu, janganlah semua asyik duk main phone je.
Aku paling
pantang denga orang yang ajak kita keluar cakap nak lepak sama2, alih2 dia
pulak duk sibuk main phone sampai tak pedulikan orang lain. Aku mudah jadi
bosan ngan orang macam tu. Apa gunanya ajak aku keluar kalau dia tu tak nak pun
borak ngan aku. Asyik main phone je. Satu lagi, mata kita pun kuranng la sikit
sakitnya bila duk hadap phone 24 jam je. Cuba kurangkan, okay?
p/s : benda ni dah lama dah dalam laptop aku. sampai bersarang dah aku rasa tapi baru sempat nak post.
Comments
Post a Comment