Oh My Ganu!


Oh my! Mesti korang boleh agak kan dari mana aku dapat tajuk tu. Oh my English! Haha. Cilok la kejap. And mesti korang pun boleh agak yang post aku kali ni ada kena mengena dengan Terengganu, right? Yes! Anda betul. Kelmarin aku pergi Ganu, ooo. Sebab sebenarnya aku pergi Ganu ni sebab nak ikut ayah aku. Beliau salah seorang pemantau yang tolong pantau paper bebudak SPM. Aku n adik2 sibuk nak mengendeng sekali. Saja. Dah lama rasanya kitorang tak pergi bercuti sekali. Ayah aku asyik busy. Tapi, bukannya busy terlampau sampai tak peduli dekat kitorang. Aku paham. Semua tu untuk kitorang gak.

Last day sekolah baru2 ni ayah aku kena pergi Ipoh. Last day sekolah kau. Tapi, aku pasti orang lain mesti lebih teruk kan. Aku ni kira bertuah ayah aku pergi seminggu je. Aada orang lain terpaksa tunggu 5-6 bulan baru ayah balik atas sebab ada kerja masing2. Ada pepatah cakap, if you have it bad, others had it worse. Aku tak pasti apa perasaan orang yang terpaksa tunggu ayah atau mak masing2 and aku langsung tak berhak nak cakap pasal ni pun. Tapi, itu semua untuk kebaikan kita kan. Tak ke gitu? At least tu yang aku pikir. Semua yang ibu bapa buat semua  untuk kita. Okay, tamat setakat ni je cakap2 aku pasal pengorbanan parents.

Back to our topic. Aku n adik2 aku punyalah bersungguh pack barang2. Padahal satu malam je pun. Eheh. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan sebab kitorang nak bertolak awal. Lepas subuh. Sebelum pukul 7 lagi. Dah la aku ni lemah sikit bab2 bangun awal. Memang la aku ni morning people tapi  time cuti? Haruslah bangun pukul 9. Ke aku sorang yang buat macam tu? Ah, aku bukan nak cakap pasal benda tu. Okey! Aku sampai sana terus pergi sekolah dot dot dot. Tunggu ayah aku siapkan kerja dia. Adalah dekat 2 jam lebih jugak. Then, bila dah siap kitorang plan pergi masjid terapung. Sambil2 melawat tu berhenti pastu terus solat.

Bila dah selesai menunaikan kewajipan yang wajib tu kitorang pusing pergi Pasar Payang. Berpusing2 jugak la aku rasa sebab kitorang tak biasa lagi. Pusing kanan, kiri pastu kanan balik, kiri balik. Berputar2 dah. Then, Nampak signboard. Masa ni la aku rasa signboard tu segala2nya bila tak leh on GPS. Ikut punya ikut lastly sampai la jugak. Ramai la jugak orang. Untung rasanya sebab jalan sikit dah jumpa parking lot yang kosong. Untung. 2 jam adik aku letak coin tu. Rasa2 nya cukup la kalau family aku nak shopping. Kitorang bukannya jenis yang gila shopping. Terus serbu food court dia yang menghadap dataran tu. Bayar2 and makan. Aku rasa tak yah la kut nak cakap aku makan kat sini tapi aku saja nak tulis. Sebab bosan ni.

Kitorang shopping2. Ummi aku tak puas hati sebab jalan ngan ayah aku. Ayah aku tu dah la jenis jalan cepat jenuh kitorang nak kejar. Selalu je kena tinggal jauh kat belakang. Habis beli apa semua kitorang turun. Ada la dalam 45 minit lagi aku rasa nak perabis 2 jam tu. Ummi aku tak puas lagi jalan. Aku ngan ummi aku tinggal adik2 ngan ayah aku kat bawah. Dah diorang malas nak jalan. Kitorang naik atas balik. Sempat lagi ayah aku tanya.

“tau dak jalan balik mana?”

Dan dan dengan confidentnya aku jawab tahu. And last sekali, kitorang sesat. Dalam pasar pun boleh sesat? Well, nak buat macam mana dah aku ngan ummi aku dua2 pelupa. Tapi, dalam kitorang sesat tu jumpa balikla jalan pulang. Tapi, arah bertentangan. Jenuh la pulak kena jalan ke sana. Nampak muka ayah aku yang dah risau tu.

“hmph. Sesat la tu”

Sedas ayah aku bagi. Aku apa lagi, sengih je la. Memang  terang lagi bersuluh yang kitorang sesat. Dala sesat2 tu sempat jugak jumpa baju yang ummi aku nak. Semua orang dapat baju kecuali aku sorang. Sobs sobs. Bukannya ayah aku tak nak belikan tapi tak de yang berkenan di hati. Kalau ada pun, saiz tak de la. Besar sangat la, kecik sangat la. Dan hasil yang aku dapat ialah asam. Hah, takpe la tak dapat baju pun, asam pun jadilah. Time kitorang jalan balik tu kena lintas jalan. Sempat lagi sorang tu duk tersengih2 kat aku. Aku tak pasti pun sebenarnya betul ke tak dia tersengih kat aku tapi dah dia paling kat sini. Belakang aku mana ada orang. Haish. Pelik2 la orang zaman sekarang. Mungkin dia happy sangat kut dapat datang Ganu ni.

Then, kitorang pun otw balik rumah. Tak jadi nak bermalam. Sebabnya awal lagi and kitorang tak tau nak buat apa kalau nak balik esok. Tak dan kitorang nak search google atau grab mana2 brochure untuk jadi panduan. So, kalau siapa2 yang boleh tolong bagi clear picture sket pasal tempat2 menarik kat sana sudi2 la ye komen kat bawah. Nanti, senang sikit kitorang nak pergi lagi. And Ganu, sorry sangat2 sebab kitorang tak tau nak pi mana. Biarpun banyak lagi tempat menarik kat sana. Next time sure kitorang jelajah satu Ganu. Jelajah Kelantan pun belum ada hati nak jelajah negeri orang. Eheh. Takpe, keazaman itu perlu. Okay! Chow.


Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.