Asasi Sains Hayat UNIMAS Batch 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak berkongsi satu fasa dalam hidup aku. Dah lama nak kongsi sebenarnya tapi selalu malas. Dannn sekarang rasa rajin nak kepohkan balik blog ni.
So, aku ni macam korang boleh baca. One of the PreU students batch 8 to be exact. Untuk junior yang baru lepas tahu result UPU atau pun memang dalam fasa nak mencari universiti mana yang sesuai dengan korang boleh lah baca ye. Yang berminat nak tahu apa ada dekat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ni pun sangat lah dialu-alukan untuk terus membaca. Mana ada akan membuahkan rasa minat dalam diri ke. InshaAllah bermanfaat.
Aku mula dengan starting camna aku boleh terpilih kursus sains hayat ni dan KENAPA AKU PILIH YANG DEKAT SARAWAK?? okay sejujurnya masa aku tengah isi UPU tu aku tak fikir panjang. Masa tu aku dengan abang aku depan laptop sambil tengok result SPM aku. Kitorang key-in result tu and dia automatik keluar program dengan universiti yang aku layak apply. Sejujurnya result aku biasa-biasa je jadi aku tak pening kepala nak fikir sebab pilihan yang ada banyak tu je. Hahaha. Lepas timbang tara, aku dah set memang nak sambung sama ada sains atau bahasa inggeris. Dua tu je. Tapi aku lebih kepada bahasa la sebenarnya. Aku pilih je dulu tapi tak submit lagi. Kena dapat approval dari Mister dulu. Bila aku tunjuk program dengan universiti yang aku layak, ayah aku syorkan letak dentist as my 1st choice. Aku cam uishh. Dentist tu. Hahahaha. Aku minat sains tapi dentist is a big no-no. Tapi aku letak je. Dan pilihan selepas tu mestilah bahasa je straight. Aku selang seli dengan sains. Pilihan UNIMAS ni dalam pilihan kelima camtu. Aku pilih UNIMAS sebab dah takde universiti yang tawarkan sains hayat. Aku tak nak belajar fizik dah. Abang aku dah banyak kali tanya okay ke? jauh tu Sarawak. Aku dengan akal tak berapa nak panjang ni balas la, "kan ada kapal terbang. apa susahnya" hahahahahahahahahaha. Tapi aku tak nampak benda disebalik nya. Tiket kapal terbang mahal bapak. HAHAHAHAHA. Tapi korang jangan risau. Dia mahal ikut musim. Kalau musim cuti sekolah, raya camtu mahal la. Bila dah start belajar kat sini korang akan berusaha dapatkan tiket yang murah percayalah. hahaha. Lagipun nanti dapat elaun jadi tak risau sangat.
Tapi part elaun tu aku tak pasti tahun korang still dapat ke tak. Sebab tahun kitorang pun dah ada limitations sebab dana takde. Jadi, students dengan pendapatan keluarga yang bawah 5K je kut boleh dapat? Aku pun ingat-ingat lupa.
Comments
Post a Comment