...FOOL?

Assalamualaikum.

Ramai yang cakap bodoh la kalau tolak offer ni. Peluang tak datang dua kali kot. Dah la biasiswa, bila keluar tu insyaAllah dijamin kerja. Pendapatan bulanan pun masyuk. Starting pun gempak. Tapi, apakan daya. Dah aku rasa diri ni takleh nak in sync dengan apa yang aku belajar nak buat macam mana. Better aku keluar sekarang daripada timbul sebarang perasaan tak enak, menyesal, apa semua. Aku tak nak buat kerja separuh jalan. Tak nak gagal lagi.

This is so not me. Masa aku sekolah rendah, jujur aku cakap, aku rasa aku ni dalam golongan budak pintar? la kut. Sebab banyak benda yang aku handle. Aku jadi mentor untuk kawan-kawan. Aku masuk pertandingan spelling bee. Tu pertandingan yang pertama aku masuk, yang paling gempak, and sampai dekat peringkat kebangsaan. Selalunya aku ni orang tak pandang kalau nak jadi wakil sekolah. Tapi, pada masa tu, teacher aku tunjuk ke arah aku. Dia cadangkan nama aku. Sampai sekarang aku rasa tersangatlah terhutang budi. Masa nama aku dipanggil, aku ingatkan teacher dah salah orang. Tapi, sebenarnya memang aku. Bohonglah kalau aku cakap tak bangga. Kalau boleh, aku nak cerita dekat satu dunia yang aku ni wakil sekolah. Rasa gembira tu membuatkan aku rasa cam aku lah yang paling hebat. Padahal aku lupa, ramai cikgu, kawan-kawan and family yang tolong aku. Selalu berada belakang aku. Sokong aku. Tapi aku lupa. Lupa. Aku bangga dengan diri sendiri.

Bila dah tamat sekolah rendah, aku hanya mohon untuk satu sekolah and aku dapat. HANYA SATU sekolah. The step that I take at that time worried me the most. Aku cam yakin je kan dapat masuk. And alhamdulillah aku dapat masuk. Hanya itu sekolah yang aku mohon. Cuba bayangkan kalau aku tak diterima. Entah kena campak masuk sekolah saluran mana dah aku.Entah jadi orang ke tidak. Masuk sekolah menengah, prestasi aku mula menurun. Mana taknya. Sekolah tu sekolah SBT ( berpretasi tinggi). Orang pandang tinggi la kan. Dan beban pun jadi besar. Kalau sekolah lain, target sekolah hanyalah straight A. Tapi sekolah aku orang pandang straight A+. Setiap kali kau rasa kau dah buat yang terbaik, lupakan. Masih tak cukup. Sekolah aku dia pakai prinsip, selagi tak capai kebangsaan, jangan harap orang pandang. Selagi tak dapat nombor satu, jangan haraplah. Dek kerana tekanan dan saingan yang memang gempak, aku tergolong dalam golongan pertengahan. Sedih tu memang sedih. Tapi, aku bersyukur aku ni kira cam average la. Tak lebih tak kurang.

Dari tingkatan 1 sampai 3, aku stay dalam kelas yang sama. Namanya kelas pintar quran. Dalam kelas ni kau belajar hafazan, tarannum, qiraat. Sepanjang dalam kelas tu, memang banyaklah tohmahan dan dengki orang yang kita dapat tengok. Terutama dari seorang cikgu ni. Kelas kitorang memang takleh nak bubar sebab sukatan pelajaran dia cam pmr punya sistem. Belajar tiga tahun, then exam besar. Kalau budak main keluar masuk kelas camtu, nanti susahlah nak catch up pelajaran yang dari tingkatan 1 balik. Tapi, ada sesetengah orang tak faham. Lepas tu, mulalah rasa tak adil. Sebab student lain kena bertungkus lumus untuk stay kelas pertama. Tapi, kitorang relax je. Kalau result tak berapa pun, still boleh stay. Expectation manusia pun tinggi sebab kitorang kan budak yang hafaz al quran, jadi, sepatutnya kitorang boleh aplikasikan dalam hidup. Penghafaz ni hidup dia diberkati. So, sepatutnya kitorang boleh cemerlang dalam exam gak. Tapi, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Ada beberapa kawan aku, termasuk aku sendiri, dapat result yang dalam tahap baik je. Tak capai tahap cemerlang. Tipulah kalau aku cakap kitorang tak kecewa. Tapi dah salah sendiri kan. Belajar malas. Ada hati nak dapat result gempak.


Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.