Benda Sensitif!
Assalamualaikum.
Hari ni aku
nak buat sesi luahan hati sikit. Huhuhu. Rasa dah tak tertanggung dah ni. Cewah.
Ayat bukan main lagi. Hahaha. Takde la. ni pasal satu benda yang memang sensitive
la bagi aku. Tau apa?
KETINGGIAN!!!
Dengar je
apa2 perkataan berkaitan tinggi ni aku memang kecut terus. Badan dah tak boleh
nak respond. Bukan nak kata aku tak bersyukur. Aku dah cuba and Berjaya tu Berjaya.
Tapi, bila dalam sesetengah situasi tu aku jadi rasa cam…
“Ah, kan best kalau tinggi sikit!”
“Bila nak tinggi ni? Lambatnya. Haish.”
Contohnya
macam…
First, aku
cerita perkara yang jadi sekarang ye. Ayah aku ditakdirkan kena pergi meeting
apa entah dekat Ipoh sana. Ipoh tu bro. taklah jauh sangat. Tapi, ayah aku tu
dah berumur. Aku pun tak paham kenapa takde orang yang muda2 sikit yang kena
pergi. Ke mana hilangnya anak2 muda? Ceh, dah bunyi macam orang nak berkempen. Ahaks.
Okay, jadinya tinggallah mak aku, aku and adik aku yang sengal tu. Tak dilupakan
dua orang anak sedara aku yang nakal tahap aku rasa nak sumbat dalam perigi
tepi rumah. Hahaha. Takde lah. Gurau je.
Nak dijadikan
cerita, kebetulan aku dah habis exam. Yahoo! Tapi, masalahnya, aku masih
bersekolah. Chait! Memang kalau ikutkan hati ni aku dah ponteng dah. Tapi,
cikgu awal2 tahun lagi dah pesan jangan tinggal sekolah. Sebab nanti kita tak
tahu apa yang jadi. Takut nanti ada homework tapi kita tak tahu ke apa ke. Dalam
hati aku dah ada rasa separuh rela tu. Tapi, dalam separa rela ak utu, tak
pernah lagi aku miss sekolah. Hahaha. Berwibawa sungguh aku.
Lagipun,
ayah aku tu cikgu jugak. So, kiranya agak payah jugaklah nak dapat boarding
pass ni. Kena ada lulusan ISO dulu. Ataupun okay je kalau tak nak pergi tapi
make sure exam tak ke laut la. kalau tak kaki makannya. Satu lagi, kau kena
bentang 1001 sebab kenapa kau tak nak pergi sekolah hari tu. Kalau berdegil
jugak, ayah aku guna pendekatan psikologi. Bila dia guna cara ni, automatic boleh
jadi leleh air mata. Mana tidaknya, dia bukak sejarah cerita pasal kesusahan
zaman dia dulu. Nak belajar pun kena buat itu ini. Sedangkan sekarang, pelbagai
kemudahan ada tapi tak mo guna.
Insaf aku
bila dengar. Terus tak jadi tak nak pergi sekolah. Hahaha. Okay. Back to our
topic. Mak aku bukannya tak leh nak drive ambik aku balik sekolah. Tapi, dia
jadi nervous bila ada dua orang anak sedara ak utu. Biasalah budak kan. Tapi,
kadang 2 diorang pun baik. Disebabkan ak uni anak yang mithali, cewah, aku pun
berkira2 la nak pergi sekolah naik basikal. Tak pernah lagi sejarah keluarga
aku hatta sorang pun pernah pergi sekolah naik basikal. Jakun kan? Sangat. Aku berdebar2
nak mintak permission ayah aku. Selalunya, ayah aku berat sikit nak bagi aku
buat benda2 macam tu. Tapi, tadi rileks je dia cakap okay.
Aku pun
beryes-yes. Tapi, yang paling tak bestnya adalah berkenaan apa tajuk kita hari
ni. Ketinggian. Basikal tu terlalu tinggi untuk aku. Boleh naik. Tapi, tak
seimbang sangat. Aku nak yang sedang-sedang saja. Aku ni dah la gayat. Bayangkan,
kalau tiba2 ada kereta datang and aku sempat brek tapi disebabkan basikal tu
tinggi sangat, aku pun jatuh. Amacam? Aku dah pernah kena. Lepas tu, taubat tak
nak naik dekat jalan besar dah. Cukuplah jalan2 sekitar kampung.
Skuter ada.
Tapi, berat. Ye la, aku ni dah la kurang tinggi. Badan pun sekeping. Mana tak
melayang2. Nak tolak tu pun masyaAllah punya kena keluarkan 1000 kilo joule
tenaga. Nak bawak pun kaki aku tak boleh nak jejak. Dah try dah hari tu. Bukan try
bawa. Nak bawa macam mana kalau nak tolak pun tak boleh. Jeles aku tengok
sepupu yang darjah 6 tu selamba bawa motor ayah sedara aku. Darjah 6 kot. Tapi,
dia tinggi. Tinggi daripada aku pulak tu. Cis! Jadi akibat permasalahan di atas
and banyak lagi faktor lain yang aku tak nak cakap, aku rasa diri ni terlalu
kerdil.
Nak pergi
mana2 kena bergantung harap dekat orang lain. Aku berdoa biar cepat2 habis
sekolah and aku nak ambik lesen kereta terus. Tak nak tangguh2 dah. Aku tak
larat nak menyusahkan orang lain iaitu ayah aku sendiri. Rasa bersalah bila
mintak di hantarkan kalau aku nak keluar ke mana2. Tapi, aku sedar. Tak baik
mengeluh. Bersyukur dengan apa yang Tuhan dah buat. mesti ada kebaikan
tersendiri. Kebaikannya ialah, orang akan ingat aku budak lagi and boleh dapat
duit raya banyak2. Gila best ooo! Hahaha. Apa2 pun, bersyukurlah dengan diri
anda sendiri. Kalau still lagi tak Nampak kebaikan yang ada, cuba tengok
melalui kaca mata yang berbeza pulak. Who knows, bila kita buat macam tuu, kita
akan lebih rasa bersyukur dengan nikmat Tuhan?
Comments
Post a Comment