Situations

Assalamualaikum..

Hari ni aku berdepan dengan 2 situasi. Satu ni aku dengar je, satu lagi aku nampak sendiri. Situasi first ni pasal orang kahwin. Mesti korang pikir, " Eleh.. kahwin je pun. Apa yang peliknya? ". perkara ni memang tak pelik. And memang takkan jadi pelik. Maybe pelik pada aku tapi bukan pada orang lain. Sebab aku kenal that guy and aku tak boleh nak bayangkan macam mana. Hish. Banyak sangat peliknya. Okay, muktamad. Aku rasa benda ni pelik. Bukan pelik, more to ‘heh?’.

Okay, okay. Aku straight to the point. Kawan kepada kawan aku tu nak kahwin. Bukan nak tapi memang dah kahwin dah pun. And guess what? He’s freaking sixteen years old! Lagi satu, isteri dia tu ambik SPM tahun ni. Mula-mula aku denagr tu, aku macam.. hah? Heh? Apasal jadi gitu? Banyak songeh kan aku. But then, aku rasa macam sweet la pulak. Dia 16 and dia dah ada sorang isteri yang mana umurnya 17. One year older. Perkara pertama yang aku pikir, ‘ Ehh, boleh buat novel ni ‘. Disebabkan aku pun tak rapat sangat dengan that guy tu, aku batalkan niat nak menulis cerita pasal dia. Kawan aku tu pun tak tahu the main reason diorang kahwin secepat tu. Dia cakap maybe ada something. Maybe..
1
.      Parents diorang memang dah janji nak satukan anak2 diorang kut.. to tighter their bonds, maybe.
2.      Yang ni kawan aku yang sorang lagi tiba-tiba cakap : “ Hah! Diorang kena tangkap basah kut”. Sah! Ni pengaruh novel lebih.


Aku tak berani nak assume lebih2. Kang dicopnya aku ni busybody. Memang pun. Diorang kahwin lebih kepada apa yang orang panggil nikah gantung or that word.. NIKAH KHITBAH. Kalau ada siapa2 yang tak tahu benda apa yang aku baru tulis tu, korang pergi belek kitab2 agama. Kalau takde buku ataupun paling kritikalnya : malas, kau orang boleh google je. Tapi, baca websites yang bertauliah je okay. Sebab dah banyak dah sekarang yang sebar berita2 palsu, fakta2 palsu and bermacam lagi benda palsu. 

Situasi kedua.

Petang tadi aku and kenkawan nak keluar jalan2 cari barang nak buat board. Alasan je tuh. Hahaha. Kawan aku yang nak buat, aku just tolong temankan je. Masa tu, kitorang jalan berenam. Ramai gila kan. Okay. Time tu, kitorang naik ke section jual alat tulis. Niat nak cari pembalut, salotape and whatsoever. Pastu, ada budak perempuan and sorang budak lelaki ni jalan lalu depan kitorang. Aku rasa la yang diorang tu saja2 jalan je kut. Sebab keluar last tu tak beli pape pun. Busybody betul kan aku? Hahaha. Dah tahu. Saje tanya.

Okay. Lupa pulak aku nak cakap yang dua orang tadi tu Nampak cam baya2 kitorang je. Kawan aku cakap maybe couple kut. Aku pun rasa cam tu gak sebenarnya. Tapi, husnuzon. Sangka baik dapat baik kan. Kan kan kan. Then, aku ngan kawan aku dua lagi tu pisah ngan tiga orang lagi. Sebab kitorang nak pergi beli air. Perlu ke aku bagitau? Ah, pedulikan. Haa, pastu kitorang nampak lagi diorang duk lepak2, saje2. Ntah kenapa, asyik terserempak je ngan diorang. Hahaha. Bunyi cam stalker pun ada. Gila perasan aku. Hahaha.

Then, macam tu je la. satu lagi, diorang pakai baju sekolah. Agak2 lah. First, kalau diorang tengah dating, kalau orang macam aku ni Nampak then mulalah keluar pelbagai spekulasi. Second, kalau andaian aku salah, then diorang tu sebenarnya adik-beradik ke cousin ke, its okay. Tapi, benda macam ni buatkan orang pandang negatif. Macam aku. Harharhar. Aku Cuma nak cakap kat sini yang, teman-teman, kita masih muda. Tapi, tak semestinya masa muda kita ni diisi dengan nak enjoy je sepanjang masa or nak kumpul dosa banyak2. Then, bila tua sikit baru nak taubat. That’s not the right decision okay. Remember that!

Kita isilah waktu yang ada ni dengan tolong mak ayah ke apa ke. Takde mak ayah? Takpe, masih banyak kebaikan yang korang boleh buat. the truth is, nak dapat pahala ni senang sangat. Sama macam kita makan kacang. Lebih senang dari tu, sebab nak makan kacang, kena beli dulu lepas tu bukak plastic, bukak mulut, kunyah pastu telan. Then, kena buang balik. Buat pahala ni way much more easy than doing that things. Tolong bukak kipas dalam masjid, dapat pahala selagi ada orang yang guna. Alihkan ranting kayu atas jalan, dapat pahala sebab orang yang lalu lalang terselamat.

“susahlah buat benda tu semua”

“kebaikan indoor takde ke?”

Indoor ye. Hurm. Ada! Buatkan parents ketawa. Buatkan dalam hati parents kita tu terdetik, ‘bagusnya anak aku. Sejuk perut mengandung’ . lagi, kalau korang ni jenis online 24 jam, korang cubalah share benda2 yang dapat bawa manfaat. Jangan share gossip je. Share doa2 harian ke. Cerita2 menginsafkan ke, atau apa2 la. tapi, wajib diingat. Benda yang paling senang sekali nak dapat pahala ialah kita banyakkkan selawat and istighfar. Amalkan baca ma’thurat setiap hari. Kalau boleh, hafal surah kahfi untuk dapat perlindungan. Biar kasi mantap  sikit iman yang ada.


Okaylah. Dah habis pesanan penaja aku. Nak cerita benda lain, alih2 terbabas ke topik lain. Tak kisahlah. Harap dapat bawa manfaat la kepada sape2 yang baca atau terbaca. Jangan menyesal or kutuk cara penulisan aku because this is my own way of expressing my thoughts. Tapi, kalau ada salah silap tu tegurlah. Macam tak biasa. Hahaha. Jangan tegur garang2 sangat, sebab aku ni cengeng. Mudah nangis. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.