part 8

Jeda. Matsalleh cakap ‘ better late than never ‘, tapi sekarang aku rasa macam kalau cakap pun tak berguna dah aku rasa. Nak punching orang pun ada bila dia cakap lagu tu. Sentap mak.

“ Kau ni buat malu keturunan je. Buat apa terhegeh-hegeh kalau dah orang tak nak. Menyemak.”

Telinga aku dah berasap rsanya. Kalau cam yang dalam cerita kartun tu bila marah keluar asap apa2. Kalau aku ni watak kartun dah lama dah boleh Nampak asap berkepul-kepul. Bukan setakat asap, jerebu, wap air, api, taufan kathrina sekalipun dah mencurah-mencurah dalam badan.

Weh, homosapien tak sedar diri, kromosom X tak cukup makan, raksasa poyo. Boleh tak kalau sehari, sehari pun cukuplah. Could you please stay out of my life? Could you?. Lompat sampai ke bintang aku rasa kalau dia cakap okey. Tak pun tak balas apa-apa. Malang seribu kali malang jawapan dia tak akan pernah menjadi macam yang aku inginkan. Innalillah untuk diri aku sendiri.

“ Okay fine. Buat je apa yang kau rasa dapat membuatkan kau rasa gembira. Nanti, aku tumpang gembira”

“ Tak. Tak boleh. Mana boleh kau tumpang gembira. Orang macam kau tak layak walau sebesar kutu pun nak rasa bahagia dengan aku. Sedar diri sikit”

Ya Allah Engkau tabahkanlah hati hambaMu ini dalam berhadapan dengan makhluk yang tak pernah tahu apa itu hormat ini. Aku mohon sangat. Please.



Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.