JANGAN PANDANG BELAKANG..


CONGKAK! Lama gila aku rasa aku tak main benda alah ni. First time main time darjah 3 ke 4 gitu la. Now, bila jumpa balik jadi jakun pulak macam tak pernah tengok. Gila rindu ah nak main. Bukannya tak leh main pun selama ni tapi ada je batu penghalang yang menghalang aku tiap kali nak main. Sobs sobs. Sedih weh bukak hikayat lama.

Haha. Mengenangkan aku yang pemalas tahap cipan nak beranak ni *ayat novel*, aku just straight to the point. Baru-baru ni, ada la pertandingan cam sukan la gitu. Tapi, antara batch je. Dikecilkan lagi skop, pertandingan antara kelas. Ada beberapa permainan. Setiap kelas wajib hantar wakil untuk permainan2 tertentu. Tengok le bilangan yang dia nak berapa. Pastu pulak, setiap kelas bertanggungjawab handle satu game. Fulamak ni kiranya cam dia nak bagi experience uruskan acara dengan tangan para pelajar ni sendiri. Kira cam persediaan nak masuk next year.

Kelas aku dapat yang uruskan acara bola baling. Siapa cakap lepas exam ni best? Boleh lepak2? Merayau sana sini? Kalau korang jumpa, bawa mari dekat aku biar aku kasi flying kick. Ahaha. Acah je. Tapi tu la, penat seh. Ingat boleh la duk lepak minum kopi, tapi hampeh. Setiap hari memang wajib ada program. Letih la jugak. Tappi, bila kerja bergeng ni seronok gak. Penat tapi still boleh gelak ngan kawan2.

sudah ditakdirkan, game congkak ni ada sekali. kelas lain yang handle. aku tak kisah asalkaan aku yang boleh main. mula2 tu sedih gak sebab kelas aku dah ada wakil siap2 nak hantar siapa. aku duk menangisi nasib aku sensorang. diorang pulak suka2 hati letak nama aku dalam futsal. dah la aku tak reti main. aku reti tengok je. takut nanti aku main boleh membawa ke arah kekalahan pulak. mula2 aku cam redha je. aku nak masuk badminton pun diorang tak bagi. apa punya kawan la macam ni. hampeh. 

aku bawa hati yang merana lagi sakit sedih. dah parah dah ni. aku pun diam. aku nekad. redho je la diorang nak letak aku kat mana. dah letih dah pertahankan diri aku ni. bukannya diorang nak dengar pun. buat keputusan ikut suka hati je. okaty. aku dah melalut. baik aku stop.

ZIP! no more pasal people. titik.

okay. berbalik kepada cerita aku tadi. tiba2! jeng jeng jeng. ahahaha. aku dapat tau yang wakil congkak tu tak dapat datang time hari pertandingan. yeehaa! aku bersorak dalam hati. dalam hati je. hahaah. jahat tak aku? jahat tak jahat yag penting aku nak main. beria2 aku mintak suh tukar nama aku. dan akhirnya.. alhamdulillah aku yang jadi wakil kelas. fuh! selesai sudah masalah hati aku ni. 

*di hari pertandingan*

time hari ada game tu, schedule clash. jadinya, ada dua game dalam sehari. bola jaring n congkak. mujurnya, aku tak mmasuk bola jaring. bukan tak mau tapi aku tau aku tak mampu. kalau setakat main olok2 tu boleh la. tapi, nak lawan? nehi nehi. tak sanggup aku. kang nanti aku jadik penyebab diorang kalah. tak mo. time aku tengah syok tengok game bola jaring ni rupa2nya game congkak tu dah start. aku pulak tak tau. malang kan jadi aku ni? serba serbi tak tau. huhuhuhuhu.

dengan happynya aku melangkah pergi kantin. ye la makan time. time duk makan tu ada la rasa pelik sikit. nape game congkak ni tak start2 lagi. rasa cam pukul 10 lebih2 je tadi. ni dah pukul berape. aku buat tak endah.

"alah, lepas ni start la game tu"

syaitan dah hasut aku. hahaha. time ni la nak salahkan setan yang berlambak tu. tunggu punya tunggu tak ada2. aku pun pikir yang maybe game tak jadi sebab baru seminit lepas ada announcement suh batch aku pergi dewan. ada taklimat apa entah. tapi, aku tak pergi dewan. aku duk lepak2 jap sambil borak2. aku tengok ramai lagi yang tak pergi. so, aku rasa cam maybe benda tu tak penting. 

then, aku nampak CONGKAK! ya Allah. rasa gumbira kau dah sampai langit ketujuh tau. aku pun apa lagi. rembat aja. lagipun line clear. aku plan nak main ngan kawan aku tu. kitorang main dah masuk tiga gme n aku masih kalah. kekalahan itu mendorong aku berfikir. 

"kalau main dengan kawan aku pun kalah. macam mana nak lawan ngan kelas lain?"

huish. insaf la pulak rasanya. nanti aku bawa nama kelas. tak pasal2 nama buruk sebab aku. seram. memang la aku ni fail bab2 sukan. akan aku usahakan lagi. caiyok! pong pang pong pang aku siap main n simpan n pergi jenjalan tolong cikgu, aku pergi dewan. tengok2 diorang pasang cerita hantu. 
ONE MISS CALL. cerita hantu jepun. aku redho je. banyak kali aku redho hari tu. cerita hantu ngan aku tak ngam sikit. bukan sikit tapi banyak sebenarnya. hahaha. penakut? definitely. 

aku pun terjumpa la geng2 kelas aku yang ramai tu. tak terjumpa namanya sebab memang bebudak kena pergi sana. aku n the geng je buat tak dengar. eheh. pastu, kawan aku cakap sori. heh? pesal? aku tanya dia.

"-----. sori la. sori sori"

"wait2. nape ni?"

"sori la saya ganti awak main congkak tadi. saya cari tak jumpa. sebab tu saya ganti. sori"

owh. tu je yang aku mampu respond. diam.

"eh eh. takpe la. memang saya akan kalah pun kalau main. menang tak tadi?"

ikhlas aku tanya dia. sebab aku rasa aku akan kalah kalau aku insist nak main benda tu. 

"menang"

sambil senyum dia jawab. automatik aku pun senyum. ye la. kawan dah sukses sape tak happy. ye dak? alhamdulillah hati aku kata. tu la berlagak lagi. nak main konon. kau ingat kau terrer? hati aku kutuk aku. tak patut betul hati ni. tak sokong aku langsung. n tamat macam tu sajalah. aku tengok cerita hantu. solat. balik n tidur. tak larat. 


p/s : tak yah nak bragging kononnya pandai main. birapun aku tak brag masa tu aku just cakap nak main. kesian kelas aku dapat ahli yang tak tau langsung pasal sukan ni. haih.

p/s/s : sukan dengan aku = not match well *certain sports je*




















Ni my fwends.. sori la guys amik gambo tak kasi tau. Eheh.



Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.