Posts

Showing posts from July, 2023

...FOOL?

Assalamualaikum. Ramai yang cakap bodoh la kalau tolak offer ni. Peluang tak datang dua kali kot. Dah la biasiswa, bila keluar tu insyaAllah dijamin kerja. Pendapatan bulanan pun masyuk. Starting pun gempak. Tapi, apakan daya. Dah aku rasa diri ni takleh nak in sync dengan apa yang aku belajar nak buat macam mana. Better aku keluar sekarang daripada timbul sebarang perasaan tak enak, menyesal, apa semua. Aku tak nak buat kerja separuh jalan. Tak nak gagal lagi. This is so not me. Masa aku sekolah rendah, jujur aku cakap, aku rasa aku ni dalam golongan budak pintar? la kut. Sebab banyak benda yang aku handle. Aku jadi mentor untuk kawan-kawan. Aku masuk pertandingan spelling bee. Tu pertandingan yang pertama aku masuk, yang paling gempak, and sampai dekat peringkat kebangsaan. Selalunya aku ni orang tak pandang kalau nak jadi wakil sekolah. Tapi, pada masa tu, teacher aku tunjuk ke arah aku. Dia cadangkan nama aku. Sampai sekarang aku rasa tersangatlah terhutang budi. Masa nama aku ...

Asasi Sains Hayat UNIMAS Batch 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ni aku nak berkongsi satu fasa dalam hidup aku. Dah lama nak kongsi sebenarnya tapi selalu malas. Dannn sekarang rasa rajin nak kepohkan balik blog ni.  So, aku ni macam korang boleh baca. One of the PreU students batch 8 to be exact. Untuk junior yang baru lepas tahu result UPU atau pun memang dalam fasa nak mencari universiti mana yang sesuai dengan korang boleh lah baca ye. Yang berminat nak tahu apa ada dekat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ni pun sangat lah dialu-alukan untuk terus membaca. Mana ada akan membuahkan rasa minat dalam diri ke. InshaAllah bermanfaat.  Aku mula dengan starting camna aku boleh terpilih kursus sains hayat ni dan KENAPA AKU PILIH YANG DEKAT SARAWAK?? okay sejujurnya masa aku tengah isi UPU tu aku tak fikir panjang. Masa tu aku dengan abang aku depan laptop sambil tengok result SPM aku. Kitorang key-in result tu and dia automatik keluar program dengan universiti yang aku layak apply. ...