hello and goodbye 2020

 After almost a year tak berblogging ahha. kekok gak aa nak menulis. hurmmm harini kita nak cakap pasal apa eh? updates? hows life right now en. 

for everyone reading this, today, 3rd December 2020, we are in a middle of a pandemic. yes, kita sekarang tengah berdepan dengan Covid19.  A virus outbreak yang bukan sahaja affect Malaysia but the whole world. dah setahun berlalu sejak Covid19 ni bermula. and yes, 2020 mengajar aku macam2 benda. and im a final year zoology student now yeayy. siyes cepat gila masa berlalu. aku rasa cam baru haritu kalut nak daftar first sem. tiber dah final year. takut jugak bila mendekat waktu nak habis ni, apa aku nak buat pasni? ke mana hala tuju aku? dah kena mula cari pendapatan sendiri. and ouh, i bake brownies cookies now. aku dah mula ada small business sendiri. nama dia astercookies. comel en nama aster. 

when i said i have changed, yes, ive changed. a lot actually. and aku tak sedar aku sendiri dah berubah throughout times in adulting. and the best part is... i found my soulmate. SHOCKING AIGHT?!!! fuh baru beberapa tahun ni i was venting out like, i dont need a man in life apa semua. but he's a gift. the greatest gift ever happened in my life. dah genap setahun kitorang mula kenal. alhamdulillah for everything. aku fikir yang aku akan kekal single sampai tua hahahah. i dunno guys. he's making me doing things yang aku tak expect aku akan buat. korang boleh bayangkan tak yang aku mula2 propose kat dia. allahu. lepas dah propose baru lah aku sedar like,,, amende kerja gila kau buat ni hana. hahjhfahjsfhjweavhjawgfhjw. siyes mental breakdown jap hahahah. tapi aku fikir, kalau tak jujur, nanti aku menyesal. cukup lah sekali mengajar aku untuk jangan lepaskan peluang. kenapa kita nak rasa malu??? kalau mahu cakap mahu. kannn. korang setuju kan. 

omagad. banyak gila benda jadi sampaikan aku tak tau nak cerita yang mana satu ahhaha. rasanya sampai sini dulu kot. proposal fyp belum siap ni wei. tu lah kerja asyik bertangguh ni lah jadinya. ada 20 hari lagi before due. mampos la. apa pun tak send dekat sv lagi. for the future me, hang tengok lah budak ni. masa ada masa ni, asyik bertangguh je kerja dia. bila dah kalut baru nak menyesal hahahahha. aku boleh imagine yang the future me akan membebel teruk sebab haa ni lah. kerja tak pernah nak serius. tapiiii sekarang tengah midsem break. chill la enn.

terasa nak rant, tapi kan. kata je midsem break. TAPI TAK CUTI PUN. otak aku tak rehat. midsem break ni aku guna nak setelkan semua assignment yang wujud. cuti seminggu. workload setengah sem. astu kata student ni over je nak rasa stress bagai. oi cik kak, baby kecik yang baru tengok dunia sebulan dua pun stress tau. ni kerja bagi tak consider orang. pastu marah kata tak pandai manage masa. sekarang, work from home, study from home. hang ingat duk umah ni takde kerja? kang seharian aku duk lam bilik menghadap laptop, nanti cakap aku kerja mengalahkan menteri, depan laptop je tak abis-abis. duk kejap nak kelas, ada yang mengajak keluar. duk senyap2, ada yang masuk bilik mengacau. PASTU, CAKAP KENAPA NAK STRESS. IHHHHH. okay done rant. okay je ni. still alive and breathing. semoga mental health dan semua yang lain masih kuat bertahan. the best coping mechanism is, hang buat tak tau. buat muka toya. 

aku pun dah malas nak layan drama2 semua. ikut pi lah nak jadi apa. asal aku hidup bahagia. and aku tahu yang aku tak kacau orang. jadi tolong lah orang lain pun jangan duk sibuk nak kacau hidup aku. aku bahagia camni. aku ada family, ada soulmate aku, kawan2 semua, aku ada bisnes aku. aku cuba untuk sentiasa bersyukur. btw, sekarang ni musim banjir tau. bapak ah sejuk gila. tapi aku tidur ada katil aku sendiri. alhamdulillah. ada orang, rumah pun takde. jadi bersyukurlah. amende do aku mengarut. dah lah lama tak menulis lepas tu cakap pelik2 pulak. takpe lah. see you when i see you. buat yang masih membaca, thank you sudi baca rant aku ni. goodluck in life. 

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.