Pak Cik ATM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku nak kongsi satu cerita. Pengalaman. Yang menyayat hati. Buatkan aku rasa kesian dan bersyukur pada waktu yang sama.

Life of a student, semestinya merisaukan keadaan poket yang sentiasa nazak. Duit meluncur keluar bagai pili yang ko lupa nak tutup sampaikan mak kau marah mengempeks satu rumah. Pening tau fikir pasal duit ni. Lagi pening dari fikir pasal assignment yang bertimbun. Alkisah aku minggu ni, aku bukak purse, adalah dalam 3 ringgit lebih lebih. Yang lebih tu duit syiling yang boleh dikira pakai jari. Maka, aku ngan kawan aku pun keluarlah ke pekan? pekan la kut. Haa, keluar pergi ATM. Sebab ATM dalam kolej takleh pakai. Problemo sejak dari minggu lepas lagi.

Aku pun beratur lah. Sampai turn aku, aku sudahkan aktiviti aku dan belakang aku ada seorang pak cik. Pak cik tu hulurkan dia punya kad bank dekat aku. Terkejut mak. Tetiba orang hulur kad bank. Rupanya dia nak mintak aku tolong buatkan untuk dia. Siap apa semua, aku tanyalah dia. Nak buat transaksi apa. Pengeluaran tunai ke? Dia cakap nak check baki. Guys. Tahu tak apa aku nampak? Aku nampak baki dalam baki dia. RM12 something la. Serius masa tu. On the spot aku rasa cam nak nangis.

Aku tahan je.

Sampai dekat luar dada aku rasa sebak. Tetiba terlintas dalam fikiran aku. Aku datang ATM ni nak keluarkan duit. Bila ada duit dekat tangan, aku boros. Beli benda2 kemahuan. Bayangan pak cik tadi buatkan aku teringatkan arwah atuk aku. Macam mana kalau pak cik tadi tu atuk aku? Datang ATM nak check duit. Tapi, mampu tengok je baki yang ada. Dengan fikiran sarat memikirkan nak makan apa untuk esok. Kalau dia ada tanggungan? Nak support orang lain lagi.

Pastu. Pak cik ni terlalu percayakan aku tau. Cuba bayangkan kalau orang yang dia mintak tolong tu berniat serong dekat dia. Camana? Sebab tu lah. Kena selalu bersyukur. Aku selalu boros. Belanja ikut suka. Selagi ada duit di tangan, aku guna. Dah habis pergi atm ambik lagi. Sangatlah tak bersyukur. Aku doakan pak cik tu sihat2 sahaja. Boleh jalani hidup dia dengan aman, tenang. Harapnya. Aminn.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.