NEXT STEP

Assalamualaikum.

Hiiiiiiiiiiiiiiiii. Kepada saudara saudari yang sebaya dengan aku. Amacam korang sekarang? Aku pasti yang setiap orang punya cerita tersendiri. Ada yang sambung di universiti-universiti awam, swasta, poli, yang kerja, stay rumah, ada yang sudah pergi meninggalkan kita semua, dan pelbagai lagi kisah-kisah yang tak mampu aku kongsikan dengan sesiapa yang baca entry ini. Tapi, apa-apa pun aku harap rakan-rakan semua tabahkan hati, kentalkan jiwa untuk menghadapi apa jua rintangan dan halangan yang aku fikir baru mendatang buat kita semua yang masih setahun jagung ini.

Pada entry kali ini, aku sangatlah gembira dan susah hati untuk berkongsi dengan readers semua. Aku pakai nickname lah untuk readers especially untuk blog aku. Mushy. Okay set. Baiklah mushies tersayang, aku tak tau nak mulakan cerita aku camna. Yang pastinya, maaf kalau ayat aku berbelit-belit sikit. Segarkan sikit otak korang kalau nak baca entry ini.

So, typical malaysian student pada waktu camni, I mean in this range of time, semua dah dapat keputusan UPU dan Matrikulasi masing-masing kan. Aku dapat matrikulasi perlis. Mushy mana yang sama ngan aku? Sep sikit. Tapi aku buat keputusan untuk tolak ke matriks. Kenapa? Meh aku jawab. Disebabkan dah ramai yang tanya and baru sekarang aku rasa rajin dan relevan untuk aku bagi alasan-alasan aku jadi sudikanlah baca ye.

Untuk matriks aku pilih course akaun. Dan aku budak aliran sains tulen. Meaning, aku tak pernah-pernah nak tahu apa entah istilah akaun, lagikan nak belek buku-buku teks yang ada. Biarpun aku dah ada sedikit sebanyak pengetahuan asas sebab aku ada join suatu program perakaunan yang aku sertai satu per empat jalan je. Berbekalkan sumber-sumber yang aku jumpa dan baca, matriks ni jadual dia pack gila nak mampos. Sistem dia macam sekolah. Kelas dari pagi sampai petang and sesetengah lecturer ada buat kelas malam. Sebijik cam sekolah. And belajar makan suap lagi. Semua notes lecturer bagi. Takyah nak peningkan kepala cari. Just stay and study. Satu lagi, kalau nak diterima masuk univerisiti awam, matriks ni orang tengok last sekali. Maksudnya, kena bersaing dengan bebudak asasi, diploma, stpm. Belajar macam nak gila tapi masih kena bersaing dengan bebudak lulusan yang lain. Benda-benda macam ini lah yang buatkan aku batalkan hasrat aku untuk masuk matrikulasi. Lagipun, ummi aku pun tak galakkkan.

Pilihan kedua aku ialah universiti awam. Aku dapat UNIMAS. Sarawak okay. Mula-mula aku check UPU, terkejut rasanya bila terpampang UNIMAS. Asasi sains hayat. Masa tu, apa yang aku fikir hanyalah jauh. Jauh. Jauh. Jauhnya Ya Allah. Aku duduk di semenanjung. Biarpun aku warga Malaysia yang berdedikasi, aku tak pernah langsung jejak kaki di Sarawak. Pastu hang bayangkanlah aku nak duduk sana. Bukan setahun dua. Makan masa tiga empat tahun jugaklah.  Dan perkara yang paling menyedihkan ialah tarikh daftar masa bulan puasa. Alamatnya tak balik rayalah aku! Benda ni cepat sangat jadi okay. Aku kena centerkan otak aku dulu. Kena cerna satu-satu benda yang jadi and plan untuk masa depan., Serius aku cakap, dua tiga hari aku termenung lepas dapat tahu yang aku dapat UNIMAS ni.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.