FINAL EXAM
Assalamualaikum.
Dah lama
rasanya aku tak menulis. Tiba tiba hari ni datang mood nak berblogging bila nampak
laptop atas katil. Dalam sebulan dua ni aku macam busy sikit. Ceh. Setiap kali
aku menulis mesti aku cakap yang aku busy kan, haha. Tapi memang busy gila. Aku
ni masih lagi dalam exam week. Ada berbaki 3 hari lagi and subjek yang last semuanya subjek
sains. Biologi, kimia, fizik. Straight in a row. Start dengan bio, chem and
closing dengan phys. Kalau cakap jiwa tak kacau memang tak lah. Tersangatlah kacau.
Tapi aku ni jenis pemalas yang tahap tak boleh nak cerita. Alkisahnya, plan aku
nak study 24 jam tu memang ke laut la jawabnya.
Nasib baik ak
uni jenis yang sedar aku punya kemampuan tu setakat mana. So, aku ambil langkah
awal dengan tak baca tapi boleh jawab exam. Caranya ialah dengan buat latihan. Badan
aku ni tak boleh kalau nak digunakan untuk fokus ke atas satu satu benda tu
dalam satu masa. Dia kena buat banyak benda kalau tak dia cepat rasa penat,
bosan dan sebagainya. Dah hasilnya, aku tertidur. Satu lagi, ak uni tak suka
duduk dalam satu kawasan tu untuk satu jangka masa yang lama. Sebabtu aku tak
boleh jadi office worker sebab aku benci bekerja dalam suasana macam tu.
Aku suka
duduk dekat tempat yang lembut lembut contohnya macam katil. Haa, tu kesukaan
aku. Aku rasa duduk atas katil ni kesukaan ramai. Tapi faham faham je la bila
dah duduk atas katil tu macam mana. Nikmat dia tak boleh nak ungkap dengan kata
kata. So, bila aku tengah nak membaca atas katil tu, otak aku ni mudah rasa
malas nak membaca. Aku pusing kepala kiri kanan pastu nampak bantal. Dan disini
semuanya bermula. Aku ambik bantal kononnya nak buat alas. Aku kan suka tempat
yang lembut, gebu gebu ni. Lama lama tu sodakallahullazim.
Itulah cerita
aku yang tak berapa menarik. Aku tau yang kita tak boleh sebenarnya kalau nak
study atas katil segala ni. Tapi aku ni degil tak nak dengar orang cakap. Dah berpuluh
puluh tempat motivasi yang aku pergi semuanya cakap tak boleh nak study atas
katil, nanti tertidur. Aku pernah cuba nak ikut tapi aku memang tak boleh nak
berenggang dengan katil aku. Huhuhu. Masaalah betullah. Aku pun pelik kenapa la
aku ni pemalas sangat. Haha.
Okay. Kita tutup
cerita di atas. Mesti korang cakap teruk bebenor perangai aku kan? Aku dah cuba
ubah dan masih sedang mencuba. Doakan ak uni jadi seorang yang lebih rajin la
ye. Aku ni bila ada mood, dibantainya segala jenis kerja. Tapi tak la sampai
timbul rasa nak pergi bersihkan rumah jiran. Kalau dah mood rajin tu datang,
belum mak aku suruh lagi aku dah siapkan. Tapi, kalau dah pemalas tu, aku
tengok mak aku macam nak bukak mulut nak bagitahu benda pun aku dah cabut lari.
Sungguhlah tak sopan. Haha.
Aku tulis
benda ni sebab ni adalah catatan aku
semata mata. Kalau kau nak kutuk pun kutuklah. Yang aku tahu, insyaAllah aku
akan berubah ke arah yang lebih baik. Menulis ni pun salah satu cara aku nak
buat reflection ke atas diri aku. Time aku tengah tulis ni barulah aku sedar
betapa teruk dan pemalasnya aku. Ni kut sebabnya mak aku jarang suruh aku buat
kerja sebab dah tau yang anak dia ni degil. Huhuhu. Forgive me, mummy.
Apa apa
pun, wish me luck untuk final exam ni. Tahun depan dah SPM. Berdebor la pulak
rasanya. Untuk SPM candidates tahun 2015, buat yang terbaik. I know you can,
sunbaenim. Fighting!!
Comments
Post a Comment