choral speaking


Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak post benda2 and aktiviti seharian aku. Ntah la. aku rasa cam tak sempat nak bukak padahal boleh je aku bukak Youtube and whatsoever. Malas sebenarnya. Hahahaha. Disebabkan lama tak bukak jadi aku ada banyak cerita. Sabo je la ye korang. Kalau malas baca, tutup je. Hahahahaha.

Okeyy. First thing first, aku nak cerita pasal apa yang aku buat pagi tadi. Nak tau tak, pagi tadi ada competition choral. Wuhaa.. motif aku cerita? Sebab aku pun masuk. Hahahha. So, dipendekkan cerita. We won 1st runner up. Worth it. Dengan siang malam practice. Sampaikan weekend pun kena datang. Tapi, still datang number 2 sama cam last year. Sebab, sekolah yang dapat first place tu kalau korang tengok memang undefeatable. Memang syok gila. Aku yang sebagai saingan ni pun rasa merembang bila tengok. Diorang tak kisah langsung kalau muka diorang pelik ke hodoh ke. Siap nganga2 lagi. Tapi, tak Nampak hodoh pun sebenarnya sebab diorang semua cantik2. Bukan semua but almost.

Dulu, aku dengar2 je dari kenkawan cakap yang diorang ni hebat gila. Sampaikan kawan tu jadi cam insecure. Bila dengar je nama sekolah, meremang teruih. Aku pun tak paham kenapa. Lepas aku dah tengok sendiri tu la baru macam.. wow!! Tak terkata weh. Aku tak pernah tengok sebab aku baru masuk team choral tahun ni. Kiranya first year aku and akan jadi last year. Sebab tu, aku selalu ingatkan diri aku. Buat yang terbaik, tahun ni je ada. Tapi, tadi aku dah buat silap sikit. Huhuhuhu. Sepatutnya bila conductor tepuk, baru aku jatuhkan tangan. But, aku jatuhkan awal. Wehhhh. Masa practice, tak pernah2 aku buat cam tu. Kalau silap pun sebab tak ingat skrip. Waaa!! Menyesal tak sudah. Tapi, takpe. Sebab nanti sekolah kitorang and sekolah yang menang tu kena jadi wakil PPD pulak. Nanti 28 haribulan ni aku nak buat biar terbeliak mata audiences. Aku nak nganga luas2. Nampak gusi pun aku tak kisah. Hahahahha.

Tapi, satu lagi benda yang tak best. 26 hb tu aku baru habis exam. 27 kena buat show untuk hari guru. Ahhh! Stress dowh. Tenangkan diri. anggap tu sebagai satu ujian hidup. Hahahaha. Nanti, datanglah tengok biarpun aku tak tau kat mana. Esok ada lagi practice. Nasib lerr. Tapi, teacher puji semangat kitorang. And, sebenarnya tak kecewa sangat pun. Pembetulan, tak kecewa langsung sebab kitorang takde sangat movement. And face expression tu sangatlah kurang. Nanti kena improve lagi. Kitorang memang dah expect tempat kedua. So, we okay. We rock bak kata aku. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.