Kem kem kem!
Assalamualaikum.
Aku nak share pasal satu benda ni yang aku malas sangat nak pergi. Ops! aku bukannya malas tapi cuma keberatan sikit.Sama je la kan? Hahaha. Pedulikan. To be truth, aku suka pergi kem. Entah kenapa tapi hati aku sukakan benda yang ke arah itu. Salah satu sebabnya maybe sebab ada Explorace kut. Aku suka bila kita dalam satu team tu, sama2 berusaha nak solve mission dekat satu2 check point tu. Itulah the main reason sebenarnya. Pastu, jadi cam lebih kenal dengan orang lain. Tak kekok la nanti kalau jumpa. Aku suka program yang banyak interaksi ngan orang ni. Aku suka tengok pelbagai ragam and boleh tahu perangai sorang2 tu macam mana. Masa buat mission, kita dah boleh agak perangai sorang2 ahli tu macam mana. Even dia tu seorang yang pendiam ke apa ke, side dia yang sebenar kita boleh nampak. Dari situ kita tahu yang dia ni seorang yang jenis tak sabar ke, diktator ke, memang pendiam tak bergaul ngan orang ke. Sebabnya masa buat mission, dalam kepala masing2 duk pikir cara nak solve dia punya mission. Masa tu, semua tak kekok nak sumbang idea.
Kem ni dah lama sebenarnya. Dalam 3 minggu yang lepas kot. Tapi, disebabkan aku banyak kerja and rasa malas yang amat, jadi aku bantutkan niat nak menulis. Lepas kem tu aku rasa cam gedebuk jatuh. Banyak gila weh assignment yang cikgu bagi. Tak datang sekolah 4 hari, rasa cam sebulan. Itu kena submit lusa, ini kena print then hantar kepada cikgu la. Tak menang tangan dibuatnya. Dengan tuisyen lagi. Homework dekat tuisyen pun ada, sekolah pun ada. Mana nak buat pembentangan lagi. Balik sekolah pun dah lewat sebab ada meeting prefects, kelab dan persatuan, latihan taekwondo. Kena siapkan fail pengurusan, siapkan board. Tapi,aku rasa biarpun kerja aku dah banyak, kerja orang lain mesti lagi banyak kan. Ni pun aku masih ada masa nak bersama family and masa untuk diri sendiri. Orang lain mesti takkan dapat peluang yang mcam ni. Sebab tu la, ayah aku selalu pesan, "jangan bazirkan masa muda. perjalanan sendiri masih jauh". macam yang orang puntis selalu cakap, "live life to the fullest..". Orang sekarang selalu cakap benda macam ni. Tapi, ada sambungan dia. "... but stop a while to smell the rose". Means, memang la kita kena enjoy hidup masa sekarang, tapi diri sendiri perlukan masa untuk kita slow down sikit and muhasabah balik apa benda yang kita dah buat yang bagi manfaat dekat orang lain. Benda macam ni kena pikir jugak.
Comments
Post a Comment