sekadar perkongsian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and gudnite everyone. Sebab apa? Sebab aku tulis ni masa malam. Agak lama jugak lah aku tak menulis ni. Sampai dah cramp jari2 aku nak tekan keypad. Dah banyak kali dah aku nak tulis tapi asyik terbantut je. Almaklumlah, dah semakin busy dah hidup aku ni. Mana tak busy, first week sekolah dah kena buat macam2. Tapi, kerja tu jadi tak terasa sangat sebab cikgu2 memang sporting habis. Sempoi je.

Masuk tahun baru ni, orang kata kena lah ada azam baru kan? So, apa azam korang? Aku ni sebagai seorang pelajar biasalah kan. Mestilah berazam nak dapat result gempak sepanjang exam, kan. Sebab aku ni agak kureng la sikit. Aku takde masalah sebenarnya bab nak belajar kea pa. tapi, biasalah hidup ni kalau takde gangguan and asyik tenang je sepanjang masa pun tak syok kan? Kan kan kan? Sebab tu la gangguan ni segala dicipta nak bagi warna ke hidup kita ni.

 Dan aku ni sebagai seorang yang agak mudah terpengaruh ni, terikut2 la jugak dengan gangguan tu semua. Jadi, aku punya prestasi tu agak kureng la sikit. However, aduhhh cakap omputeh pulak. Hahaha. However, cikgu2 aku yang kiut-miut tu cakap yang benda lepas tu biarkan lepas. Tapi, kena ambik pengajaran la. Jangan duk biarkan je sampai kita ‘ter’buat kesilapan yang sama je kan. Ubahlah. Kita ni masih hidup hari ni sebab Tuhan nak kita berubah. Semua yang terjadi kana da sebab dia tersendiri. Dah ada qada dan qadarnya. Ye dak?

Terbagi nasihat la pulak. Takpe, kita manusia ni selalu terlupa kan. So, ayuhlah kita sama2 saling mengingati antara satu sama lian. Mana tahu yang apa yang kita buat hari ni, akan dapat merubah seseorang itu untuk jalankan hidup yang lebih baik nanti. Tak salah kita menjadi medan untuk diorang see a better view about life. Bilamana kita dah buat seseorang tu berubah ke arah yang lebih positif, kita dengan sendirinya akan berasa gembira.

Lain pulak kesnya dengan bilamana kita tengok orang yang duk berpeleseran, takde tempat tinggal, nak makan pun kena mintak ngan orang, duk menjaja dengan 3-4 bakul sorang sambil bawa anak. Ini sebabnya Tuhan nak kita lihat sendiri and rasa apa yang diorang tu rasa. Nak biar kita tahu yang dalam dunia ni bukan hanya ada orang yang senang, ada jugak orang yang terlampau sesak hidupnya. Kita  sebagai orang yang berpelajaran, hidup mewah, nak apa semua dapat, and macam2 lagi lah. Itulah tujuan utama kalau korang ni daripada golongan2 kaya, bantulah orang2 yang kurang dari segi kemewahan dunia ni.

Janganlah pulak kita merendah-rendahkan martabat and harga diri diorang. Cuab kita duduk diam2 sekejap. Sekejap je. Biar otak kita ni pikir apa sebabnya kita dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, berharta and cukup agamanya. Cuba kita pikir. Mesti ada sebab kan? So, korang pikir2 la sendiri. Bak kata nabil, “lu pikir la sendiri”. Tapi, bila dah pikir tu, jangan otak je bergerak tapi jasmani and rohani kita tak nak bagi kerjasama. Korang lupa ke? Apa yang penting? Kerjasama. Satu lagi, ikhlaskan diri. nak tahu tak macam mana kita nak kesan hati kita ni ikhlas ke tidak?

Cuba korang bagi something yang korang saying kepada orang yang betul2 memerlukan. Bilamana benda atau harta tu sampai kat diorang, apa yang korang boleh Nampak dari air muka diorang? Happy bukan? So, why not kita sama2 rasa berganda2 lebih happy berbanding diorang. Hati kita akan rasa lega sangat. Lagi2 bila diorang cakap terima kasih, korang akan rasa cam superhero yang tolong selamatkan orang. Seronok kan rasa barang yang kita sayang, dihargai orang? Dah macam superhero kan? Biarlah takde super power pun tapi kita tetap boleh lakukan biarpun secebis kebaikan kan.


Rasulullah pernah berkata yang biarlah kebaikan yang kita buat tu sedikit tapi berterusan. Sesungguhnya ianya jauh lebih baik berbanding kebaikan yang berganda2 tapi amatlah jarang sekali kita buat. Jadi, ayuhlah kita semua pakat jadi superhero yang berlandaskan syariat Islam yang sepatutnya ye.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.