CORET2

PART 6

"aku buntu. mana lagi nak lari ni? Ya Allah, jika ini jalan yang terbaik berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya ya Allah." rintihnya dalam hati.

Dia kesal. Dia menyesal. Betul-betul menyesal. Dia tak patut bersikap terburu-buru dulu. Kalau tak benda ni takkan terjadi.Tapi semua yang berlaku bukan di atas kehendak dia. Sudah memang takdirnya begitu. Dia langsung tak berniat untuk menyakiti mamanya sebegitu. Sekarang seluruh keluarganya membennci dia.

Pandangan sayu dilontarkan ke arah seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain dengan ibu dia. Perit sungguh rasa hati ini. Dulu, dia seperti itu. Ada mama yang penyayang. biarpun tanpa papa di sisi, dia dengan mama tabahkan hati untuk terus hidup. dia tahu bahawa mamanya telah berusaha sedaya upaya menyembunyikan rasa sedihnya. tapi, mengapa dia tidak menyedari perkara ini 9 tahun yang lalu. jika tidak... argh. sedarlah hana, hidup ini hanya sekali. once and ever.

"Nah!", aku tersentak bila ada orang hulurkan aiskrim.

"Eh apa ni?" spontan aku bertanya. dah terkejut.

"Aiskrim la. tu pun tak kenal ke?"

"Weh, aku tau la ni aiskrim. buat apa bagi aku?"

"suruh kau tengok"

"owh, ingatkan apa tadi", weh hana. kau ni dah kenapa. aiseman. tersilap anggap rupanya aku ni. malu-malu.

"makanla. aku acah je tadi. tu pun nak merajuk", Rafiq mengomel sambil megambil port sebelah aku. sama- sama melihat keindahan pokok-pokok yang menghijau.

" mana ada aku merajuk", huh, nasib baik kau bagi kat aku. kalau tak makan kakilah jawabnya. haha. dalam hati je. tak berani nak cakap depan. cakap dalam je la. bukan boleh dikira sangat angin monsun barat daya dia ni. sekali mengamuk dengan aku-aku boleh terlayang.

suasana sepi. dah dia tak bercakap, aku pun tak bercakap.

"kau tak nak share apa-apa dengan aku ke?" suara Rafiq memecah kesunyian antara kami.

"share apa?" heh, dia nampak ke aku menangis tadi? pertanyaaan tu bergema dalam hati je.

"aku nampak kau nangis tadi. so..?"

uikss..dia boleh baca fikiran aku la. lama aku tenung dia. dia pun berpaling menghadap aku. tadi menghadap pokok. aku lebih menarik daripada pokok kut. terlepas ketawa kecil. boleh pulak aku duk banding diri dengan pokok. hana+pokok. gabungan meletop. haha.

"eh..kau okey tak ni?" eh eh boleh pulak dia tanya macam tu. mungkin dia pelik tengok aku yang sekejap menangis sekejap ketawa. aku pun risau sebenarnya.

"nanti lah. bila dah ready aku cakap kat kau. tak payah risaulah aku okey. no harm done" dengan yakin aku berkata-kata.

Rafiq hanya menjungkitkan badan tanda dia tak kisah pun. suasana kembali sepi. and aku tak sedar bila aku terlelap. tengok-tengok dah ada dalam kereta. aku paling ke kiri. nampak Rafiq sedang memandu. mesti dia yang angkat aku. aku tak ambil pusing sebab kepala aku rasa pening sangat. jadi, aku sambung balik tidur.


PART 7

Dreams never come and hopes never gone”

Ya. Impian aku. Impian aku untuk mendapat keluarga yang sempurna. Tapi, sekarang semuanya hancur gara-gara aku sendiri. Aku yang buatkan benda tu terjadi. Dan sekarang aku masih mengharapkan agar semua yang berlaku ni hanya mimpi. Sekadar mimpi. Aku pun terlelap.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tet..tet.. aku bangun dengan malasnya. Gila tak malas. Semalam punyalah duk bertekak dengan budak-budak tu. Punyalah hangin aku. Mana taknya, dah terang lagi bersuluh diorang salah kira. Lepas tu, duk salahkan bahagian department. Sampai tersembur-sembur aku marah diorang. Duk bazir air liur aku je. Kalau tak marah aku yang geram. Huh, sabo jelah.

Aku bukak phone. “You have four miss calls”. Nama pengirim : Disaster. Alamak. Kalau si monster ni miss calls banyak kali mesti ada something. Yela, Rafiq ni salah satu perangai dia ialah #call orang sekali je. Entah apa la perangai pelik dia tu. Ni dah buang tebiat call aku banyak kali. Dua tu pun kira banyak weh. Aku try call balik tak berjawab. Sekarang aku pulak yang geram.

Adalah dekat 12 kali aku call tapi dia tetap tak nagkat. Mak aih, kes merajuk ke apa ni? Buruk bebenor. Ah, lantaklah. Disebabkan aku tak boleh tidur balik, aku bangunn pergi mandi. Mandi pagi best. Sejuk dan damai je rasa. Aku rasa dekat satu jam aku duk melangut dalam tandas. Orang kata, tak baik duk dalam tandas lama-lama. Tempat syaitan. Tapi, tu dah jadi habit. Sebab aku suka air sejuk. Sampai kecut tangan aku.

Aku check balik phone. Tengok ada mesej.

“siap cepat. 15 minit lagi turun”

“alaa..aku malas nak keluar la..”, butang send aku tekan. Sesungguhnya, aku begitu malas nak keluar. Nak tukar baju. Gosok tudung. Leceh.

“cepat. Kalau tak aku naik atas heret kau”, eh eh sejak bila dia ni suka main ugut2 ni? Stress hidup aku.

“hei! Yela yela aku turun. 20 minutes”

“good girl”

Good girl kepala hotak kau. Mujur kau aku sayang. Sebagai kawan je okay. Jangan nak pikir pelik-pelik. Lepas dengan jayanya aku bersiap, aku pun turun. Tengok dia sedap-sedap makan ais krim. Ewah ewah sedap ye kau duk menghadap kat sini. Dengan kegeraman yang membuak-buak aku pergi dekat dia. Tapi, dia buat selamba je. Okay, ini kemarahan melampau.


Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.