coret2

PART 1

“Awak, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya?”,bicara yang ku terima daripada salah seorang rakan kelas ku mem’break’kan segala proses penghantaran oksigen dalam badanku ini. 2 minit. Cubitan di peha kanan menyedarkan aku kembali.

“Apa?,tanyaku pada Ira, bestfriend forever ku.

“Tuu, Naim dah tanya tu jawab la.”,gesa Ira. Tapi aku x paham. Tanya apa ni?

“Cop cop. Tanya apa ni? Otak aku x berapa nak berfungsi ni. Baik kau cakap ngan aku.”,aku membalas balik kata-kata Ira. Time otak aku duk blurr ni la dia cakap benda luar alam. Apa kes? Ah tu asyik duk cubit- cubit peha yang aku ni. Tahula peha orang ni marvelous. Dalam aku duk mengomel tu, dia luku pulak aku. Aih, ni nak sentap ni.

“Kau ni dah kenapa?”,bengang pulak aku.

“Tuu..la. Naim tanya kau tu. Berangan la tu.”

“Hah? Naim? Mana? Kenapa? Apa?”,whoa..tu dia. Sekali aku tanya 5 soalan keluar. Nak sangat kan.

“Hah hah. Ye, Naim ada tanya kau tadi. Dia kat depan kau ni. Dia tanya sudi tak kau jadi permaisuri hidup dia?”, balas Ira tanpa menghiraukan muka aku yang serupa cam kucing tertelan ikan. Tak nak la serupa beruk, tak vogue gitu. Ahaks .

“Soo, what say you?”

“Say me? My answer is no!”

“Tapi kenapa?”, Naim mencelah time aku bulat-bulat tolak usul dia tadi.

“Kenapa awak Tanya? Heh, come on la dude. Kita ni budak-budak lagi okey. Dah la. X de masa saya nak bercakap dengan awak. Babai.”, aku angkat tangan then blah. Sempat aku tarik tangn Ira yang terkaku tengok drama 5 minit aku tu. Baru je nak angkat kaki dah terdengar suara sumbang duk panggil nama sedap aku tu. Akuu toleh ke belakang.

“Saya faham and saya tahu. Tapi saya nak jugak awak tahu yang saya akan sentiasa tunggu awak. Because love is an open door.”

Nak naik muntah aku dengar dia cakap cam gitu. Dah la depan Ira pulak tu. Rasa cam nak gigit orang je time-time gini. Malu weh. Pastu aku blah. Lepas kejadian tu sepatah haram pun aku x bercakap dengan dia. Langsung. Dah malas la cakap dengan orang yang x reti bahasa cam ni.
Kadang-kadang bila aku sampai sekolah, Nampak ada coklat la, hadiah la, surat la. Aku x terima pun. Surat dia pun aku x baca. Ada niat nak buang benda yang dia bagi tapi saying la jugak sbb benda-benda tu cantik and comel je. Coklat dah selamat berpaket-paket dalam perut Ira, sahabat sejati sehidup semati aku tu. Aku ni mmg nya bukan penggemar coklat soo aku x kisah la benda-benda tu sume. Hadiah pun aku kasi kat Ira. Cuma surat je aku simpan. Aku x baca. Takkan nak bagi Ira kut. Malu la aku. So keputusannya aku simpan je la.

PART 2

“Allahuakbar!”, suara aku yang merdu bak kicauan burung ni terkeluar apabila aku rasa cam ada orang duk cucuk aku. Rasa-rasanya aku jalan sorang je tadi. Aku toleh ke belakang. Manala tahu kut-kut Ira tetiba sibuk nak ikut aku pulak.

Tadi, aku ngan Ira plan nak keluar sama-sama. Seronok sakan kitorang duk pusing mall tup tup tak beli apa-apa pun. Dah siap nawaitu nak window shopping kan so jalan je la. Dari pagi sampai ke pukul 3 kitorang bertapa dekat mall tu. Lps tu pergi arcade. Lps la jugakk tension duk bekerja siang malam. Jangan x tahu Ira tu doctor. So mmg gila-gia la minahh kepochi tu. Lega bila dah lepaskan semua. Kerja aku okey la sikit kut sbb aku ni cikgu. Tp cikgu pun sekarang bukan main banyak kerjanya. Time nak balik Ira cakap dia nanti ada orang amik. So aku baliklah dulu. Tu yang duk pelik tu siapa duk cucuk aku ni.

Aku pusing kiri pusing kanan. Konklusinya, tak de orang. Woih, meremang bulu roma aku. Dah la jalan sorang-sorang. Bukan apa, sekarang ni apa-apa pun  boleh berlaku. Jadi, berwaspada la ye. Sempat jugak aku bagi pesanan khidmt masyarakat ni. Huhu.

“Umii!!!”,ha tengok. Kan dh kalah penyanyi opera gitu. Aku ni bukannya jenis yang melatah tapi dah terkejut terkeluar la jugak.

“Woi woi. Aku la ni. Yang kau duk terjerit pehal?”, sergah ‘dia’ bila kau duk syok pukul dia dengan handbag aku. Tu la suka sangat kejutkan orang. Pe kes?


Hui. Sabo je la dengan dia ni. Siapa lagi kalau bukan homosapien paling perasan+bajet cool+tak guna ni.


PART 3

“woi, garfu! Kau ni dah kenapa?” haha. Nak tahu gelaran garfu tu aku dah anugerahkan kat sapa? Siapa lagi kalau bukan menasio bajet cool + tak macho langsung tu. Huh.

Gelaran garfu tu officially aku bagi kat dia atas beberapa sebab. Banyak factor sebenarnya yang menjurus kepada penyampaian gelaran tu. First, sebab dia suka sangat duk cucuk aku, sama je macam si Ira. Suka sangat sentuh port sensitive. Huh. Second, sebab dia dah banyak cucuk hati aku dengan sindiran yang selamba gajah dia tu. Third, dia meyakitkan mata aku duk hadap muka-tak-berapa-nak-hensem dia tu. Fourth, dia sakitkan kaki tangan aku sebab dia suka duk tarik-tarikk lengan aku. Takde sensitivity betul la dia ni. Dan berbakul-bakul sebab lagi la. Malas aku cerita kan karang jadi buku-gua-nak-cari-gaduh-ngan-hang-boleh, nanti. So, better aku stop.

PART 4

Aku tengah berjalan pulang dari lunch and terserempak la dengan manusia sorang tu. Nampak cam ada mesyuarat tergempar je. Tapi tak la kan sebab dia sorang je lelaki and ada lebih kurang lima orang budak praktikal duk semeja dengan dia. Amboi, amboi gelak tak ingat dunia. Kenapa la orang ramai mesti akan bergelak ketawa kalau duduk dengan dia. Kalau aku, memang tak la kan. Asyik jam je otak aku bila duk dengan dia. Ni yang musykil ni. Dia ada pakai ubat guna-guna ke.

Aku terdengar macam ada orang duk tawar-menawar apa entah dekat meja tempat berkumpul budak-budak praktikal tu dengan dia. Sorry okey. Takde niat langsung nak dengar tapi almaklumlah meja aku betul-betul sebelah meja diorang. So, tahan telinga je la.

“You duduk kat mana?”, aku dengar dia bertanya kepada Mina yang duduk ditepi dia.

“Oh, I duduk Damansara. Kenapa? Nak kahwin dengan I ke?”, si Mina tu membalas dengan jelingan tak berapa menggoda pada lelaki tu. Huh. Naik berambut mata aku duk tengok aksi diorang.

“Hm. Kalau boleh I nak cari calon isteri yang kerja dekat syarikat ni jugak. Mama I nak menantu orang yang dekat-dekat je.”

“Owh, yeke? I duduk Ampang. Macam mana dekat tak dengan rumah you?”

“Erm, I pulak duduk Subang.”, beritahu Seqia malu-malu.

“Ala, you alls ni. Kenapa rumah jauh sangat? Erm nampaknya tak kesudah la mama I tak dapat menantu”, rungut dia pastu konon-kononnya buat muka frustrated la sebab diorang tak dapat dijadikan menantu.


Owh, ini kerja kau ye. Dasar mata jaring, budak praktikal pun nak ngorat. Lek lek la bro. pantang betul aku dengan aku macam ni. Ingat kami ni kaum wanita boleh ditawar-tawar macam tu je ke? Bebudak ni pun satu, mentang-mentanglah ada lelaki yang hensem sikit, mula la terhegeh-hegeh. Erk, aku ada cakap dia hensem ke? Tarik balik tarik balik. Huhu. Kesian mulut aku tercakap dia hensem. Aiseman. Menyesal den.

PART 5

Sejak dari tadi, dia resah sendiri. Mundar mandir dalam bilik yang serba luas itu. Haih. Betul ke apa yang aku buat ni? Dia risau. Tindakan dia ni dapat bawa padah kalau tersilap langkah. Tapi nak buat macam mana lagi. Kalau Rafiq tak ada tadi, entah macam mana dia sekarang?

Sambil berjalan ke hulu hilir mata tertancap pada pintu bilik. Pintu. Hah! Kunci. Aku perlu kunci. Bukannya boleh dijangka sangat lelaki tu. Tadi pun dah bikin aku seram. Nak tinggal serumah dengan bilik tak berkunci? Sahlah aku ni gila. Tapi nak mintak malu la pulak. Haih.

Tak boleh jadi ni. Aku harus. Bukan, aku wajib mintak. Kang jadik apa-apa aku jugak yang susah. Bukan apa, mencegah sebelum terkena. Baru aku berura-ura nak bukak pintu, tengok-tengok dia dah ada kat depan. Huh. Kus semangat.

Masing-masing terkelu terdiam tak terkata. Bunyi detikan loceng menunjukkan meyedarkan aku. Tapi Rafiq masih duk tengok aku. Wei, lu apa kes tengok gua?

“Raf..raf..oo..raf”, tengok dia masih dalam keadaan tadi buatkan aku jadi geram.

“RAF!!”, spontan aku jerit kuat-kuat.

“wei, aku belum pekak lagi la.” Hai, perempuan ni. Baru syok duk layan perasaan. Tapi malu jugak la sebab terkantoi tengok anak dara orang.

Niat sebenar datang ke bilik yang menempatkan Hana tadi hanya untuk bagi kunci bilik. Risau jugak dia sebab kedengaran ada berlaku kes pecah rumah baru-baru ni. Risau dia memikirkan penghuni sementara waktu tu.

“ehem..Raf..aku nak tanya sikit boleh?”

“hem..apa?”

“aku..aku..aku nak..emm..nak..”

“nak apa? Nak aku cium? Em..boleh”

“ehh..bukan lah. Tetiba je”

“dah tu?”

“emm…kunci bilik ni ada tak?”

Tiba-tiba Rafiq menolak Hana masuk ke dalam bilik. Disebabkan perasaan terkejut, dengan sekali tolak sahaja mreka berdua sudah berada dalam bilik tu. Lalu, Rafiq mengunci bilik tersebut. Terpinga-pinga Hana sekejap. Menyedari hanya mereka berdua sahaja, pantas tangannya menyilangkan dada.

“weh..apasal kau kunci pintu tu?”

“la..tadi kau jugak yang mintak kunci kan?”

Aku mintak je bukannya suruh kau masuk pastu tolong kuncikan, sengal!

“wei..bukak la.”

“tak nak. Tangan aku dah lenguh. Siapa suruh kau tak cakap betul-betul?”

Ehh..ehh..salahkan aku pulak. Rungut Hana dalam hati. Takut nak luahkan.

Ni apasal pucat semacam ni. Otak tu mesti dah fikir yang bukan-bukan. Terbit idea nakal bila melihat Hana kaku macam patung cendana.

“ alang-alang aku dah masuk ni..malasla pulak nak keluar”

“hei..keluarlah..mana boleh macam ni”

“weh..ni rumah aku..suka hati la aku nak duduk kat mana pun”

“memangla rumah kau. Tapi..”

“tak de tapi-tapi. Aku nak duduk sini. Muktamad”


Eee.. degil betul. Alahai ibu!! Tolong adik!! Tak nak duduk sini buu..kenapa la aku boleh kenal dengan mamat ni? Ya Allah bantulah hambamu ini…uhhukk



nota kaki : ini hanya lah luahan perasaan .terbit satu rasa nak mencoret cerite. tapi x de kena mengena dengan yang hidup atau mati. so, ignore je la ye. hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Perancis sini mari!

another dream

Love you, Mom.