Tips membanyakkan susu ibu
Allah SWT menjadikan buah dada di dada perempuan gunanya untuk menyuakan makanan ke mulut bayi. Islam menggalakkan ibu menyusukan anak sehingga bayi berusia dua tahun. Betapa Islam menitikberatkan perihal menyusukan bayi hingga dirangkumkan di dalam hukum syariat seperti penentuan anak susuan, pengambilan anak angkat dan ibu susuan, berkenaan sirah Rasulullah SAW disusukan oleh ibu angkatnya dan lain-lain lagi.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-96yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat secara serius. Antara isi kandungannya ialah membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Antara manfaat seorang ibu boleh memperolehinya ialah dapat mengelakkan diri dan bayi daripada diserang pelbagai penyakit seperti anak kembung perut, mempercepatkan proses penyembuhan sakit bersalin, dapat meningkatkan antibodi bayi tersebut. Menyusukan bayi adalah formula yang paling mujarab dalam menjarakkan kelahiran.
Oleh itu, petua ini berguna kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak mereka. Mudah-mudahan.
1.Bunga melur dan daun pucuk manis.
~Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus. Kemudian, tampalkan di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi.
Setelah mandi, pastikan anda mencuci bersih kawasan payu dara tersebut sebelum menyusukan bayi.
2.Kacang tanah
~Kacang tanah mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Begitu juga dengan kandungan asid amino nya yang sama tinggi.
Untuk menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan memakan kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
3.Daun sirih
~Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga ia layu. Setelah ia suam, tekapkan pada payu dara.
4.Halba dan jintan hitam
~Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
5.Susu
~Membanyakkan minum susu. Seeloknya mengambil hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari iaitu seperti ketika sarapan, makan tengahari, minum petang dan sebelum tidur.
6.Lobak putih
~Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih, kemudian potong dadu. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan engan segelas air suam. Minumlah sebanyak dua kali sehari.

Comments
Post a Comment