Posts

Showing posts from July, 2017

Pak Cik ATM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni aku nak kongsi satu cerita. Pengalaman. Yang menyayat hati. Buatkan aku rasa kesian dan bersyukur pada waktu yang sama. Life of a student, semestinya merisaukan keadaan poket yang sentiasa nazak. Duit meluncur keluar bagai pili yang ko lupa nak tutup sampaikan mak kau marah mengempeks satu rumah. Pening tau fikir pasal duit ni. Lagi pening dari fikir pasal assignment yang bertimbun. Alkisah aku minggu ni, aku bukak purse, adalah dalam 3 ringgit lebih lebih. Yang lebih tu duit syiling yang boleh dikira pakai jari. Maka, aku ngan kawan aku pun keluarlah ke pekan? pekan la kut. Haa, keluar pergi ATM. Sebab ATM dalam kolej takleh pakai. Problemo sejak dari minggu lepas lagi. Aku pun beratur lah. Sampai turn aku, aku sudahkan aktiviti aku dan belakang aku ada seorang pak cik. Pak cik tu hulurkan dia punya kad bank dekat aku. Terkejut mak. Tetiba orang hulur kad bank. Rupanya dia nak mintak aku tolong buatkan untuk dia. Siap apa semua, aku...