Ronda-ronda
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hehe. Post aku kali ni pasal trip aku. Kemana? Jeng jeng jeng. Ke KUALA LUMPUR! Hahaha.aku sebenarnya tak la excitef sangat bila ayah aku cakap nak jenjalan dekat KL. Aku macam, okay. Rasa teruja la sikit sebab dah lama aku tak keluar bercuti ngan family. Sobss. Biasalah bila dah besar semuanya. Seramai mana pun adik beradik tapi bila masing2 dah berkeluarga and menetap jauh, memang number is just a number. Okay, trip aku dalam 3 hari setengah kut. Aku tak boleh nak kira masa sebenar tu sebab kitorang bertolak hari sabtu malam sampai la pagi rabu. Korang kira sendiri la berapa hari ek? Haha. Hari sabtu malam tu kitorang pergi naik bas. Bas kau! Bas tambahan pulak tu. Bas tambahan ni macam satu2 syarikat tu akan sewa bas syarikat lain sebab bas gak milik dia dah pun. Disebabkan banyak permintaan, diorang guna cara ni. Lupa nak cakap yang mak aku tak pergi. Yang pergi cuma ayah aku, aku and adik aku penyibuk tu dua orang. Bayangkan aku...