Posts

Showing posts from October, 2014

kolam air panas

Haa, tengok tajuk pun dah tau aku nak cakap pasai pa *longhat-kedah-cikit* kan? Mestilah kolam air panas. Dekat kolam yang aku pergi ni dekat Kelantan ye anak2. Sebab aku orang sini. Tempatnya dalam daerah Machang. Family aku memang excited habis nak pegi situ. Ada apa entah. Tbh, aku pun teruja gak. Tapi, control. Tak naklah Nampak cam beria sangat. 2 minggu lepas aku dah pegi dah. Aku pun tak ingat. Maklumlah dah tua. Andaikan je la 2 minggu lepas. Tapi, time tu tak best sangat. Ada adik aku dua orang tu je. Sekarang, kakak2 aku ada. Up la sikit rasa teruja tu. Ayahku tersayang drive kereta dengan senang hatinya. Orang kata mandi air panas ni dapat hilangkan penyakit. Jadi ubat katanya. Kata siapa aku pun tak tau. KOLAM AIR PANAS TOK BOK. Signboard tunjuk ke kanan. Ayah aku pun belok kanan. Adik2 aku dah gembira sakan. Duk bercerita itu ini. Owh, lupa. Adik2 aku yang semak tu ada sekali. Terus tak aman hidup aku. Sebenarnya family aku ni tengah otw balik dari rumah arwah atuk ...

blackout

*semalam* 7.47 malam apabila kejadian ini berlaku. Di sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri dan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Tiba-tiba…haaa! Haha. Saja je buat gimik. Masa aku duk menulis ni lah terjadinya blackout. Bukan sebab lintar pintas ke apa. That’s for sure. Line rumah aku memang selalu macam ni. Tengah aku duk termenung duk pikir nak tulis apa, jadilah blackout. Okey, ini telah memberi aku idea untuk menulis. Dalam kesamaran cahaya lilin aku start menulis. Bagus jugak sebenarnya. Bukan bagus blackout tapi bagus aku ada feeling nak bukak blog. Adalah dalam 5 minit lepas aku bukak laptop tu jadi blackout. Bagus la. Ada jugak lah sumber cahaya. Phone tak sempat nak gapai. Sebenarnya aku dah dapat sign. Lampu dekat family lounge tu berkelip-kelip. Aku dah pelik. Seisi rumah duduk kat FL tu. Dan ansib baik jugak aku tak gosok baju lagi. Esok dah sekolah. Damn. Rasa rugi tak gosok siap2 pagi tadi. Tu la ummi cakap tak dengar. Kan dah padan muka....

Adakah ini petunjuk?

Good news bagi aku. Semalam, aku balik kampung. Hooray for that! lepas  aku bersuka ria, time untuk berinteraksi dengan bantal yang empuk lagi best. Sempat la aku rembat dua buah buku ni sebelum datang tadi : the sight ; the comeback. Satu horror satu romance. Sangat la tak ngam dua buku ni. Buku2 tu mengisahkan tentang.. eh eh aku bukan nak citer pasal buku ni sebenarnya. Malam tu, time aku sedang dengan nyenyaknya dibuai mimpi2 indah.  Aku mimpi yang aku ada kat skolah. Time tu ada kemuncak ko ke apa entah. Nampak samar2 je. Geng aku ni ada 7 orang. Kira cam geng kamceng la. Dalam mimpi tu, ada dua orang lagi tak datang. Dorang la main character dalam mimpi aku ni. Nak dijadikan cerita, aku kena pergi panggil diorang. Sekejap aku rasa cam duduk  kat masjid, sekejap rasa di cemetery. Aku memang 100% sure aku ada kat masjid. Then, aku ikut diorang ke tanah perkuburan. Time tu aku tak syak apa2. So, aku jalan pergi dekat dengan diorang. Aku nampak  dua oran...

tahun depan ke mana?

argh! ><..stress tau tak. tak tau? meh sini aku nak citer sikit. ni semua pasal exam aku yang ya rabbi aku tak tau la lagu mana result dia. time trial adalah result tu cam bolehla nak dibuat bangga sikit kan, sila boldkan bolehla tu please. tapi, exam sebenar aku tak tau la dah terlepas terbabas dan segala ter yang kalau boleh aku nak masukkan semuanya dalam ni.  aku rasa cam betul je apa yang cikgu cakap... "awak semua ni tak boleh begini. jangan tidur time exam. awak kena ambik serius jangan buat sambil lewa" ayat dia panjang berjela-jela lagi tapi aku tak mau sesakkan entry aku yang dah memang sedia sesak ni. bia dengar tu, masyaAllah insaf kejap. tapi, lepas tu memang aku dah tak boleh tahan rasa mengantuk yang menular menjalar dalam diri. ntah apa yang merasuk pun aku tak tau. and sedar2 je aku dah tertidur. tapi kejap je. adalah around 10 minutes cam gitu. tak syok langsung. dah la time tu kena jawab pendidikan islam kan. 2 jam kau. ternganga aku kat situ.  ...